13 Jan 2011

Lagu yang tak best tahap perlu tukar channel radio

Korang kalau drive, for sure dengar radio kan? Ke korang jenis macam abang saya tak pasang radio? Ya, amat membosankan *yawwwnnn

So kalau dah dengar radio tu mestilah dengar macam-macam lagu kan? Ada yang best, sampai kalau boleh nak dengar lagu yang sama 3-4 kali. Yang tak best? Sepantas kilat tukar channel lain. Muahahahah.

Disclaimer: List ni based on tak sedap di pendengaran saya

Lagu yang tak best tahap tak boleh dengar, harus tukar channel radio yang lain:

10. JANGAN LAMA-LAMA ~ Jinbara feat Ahli Fiqir
Lagu yang dinyanyikan semula dan diberikan nafas baru patutnya jadi lebih sedap. Ini? Pffttt!

9. MENATAP MATAMU ~ Aril AF (tagline 'terbaek wok')
Lagu yang sangat menggelikan halwa telinga. Yikes!

8. MAMA PAPA ~ Ning Baizura
Do I have to say more about this song? Hakak Ning, ko umur dah berapa nak bawak lagu ala-ala budak remaja? Tak sesuai la.

7. BERDUA LEBIH BAIK ~ Acha Sepriasa
Suara lembik-lembik sengau memang tak lalu la nak dengar. Jadi penyanyi sebab muka comel. Suara nan hado.

6. I LOVE YOU ~ Adila
Pertama kali dengar terus rasa nak muntah. You don't belong in the industry la dik. Sudah la takdo peminat, lagu pulak entah apa-apa. Lantak ko lerr, ko buat lagu pakai duit sendiri kan?

5. BIAR BEGINI ~ Aril AF
Lagu apa ko nyanyi bai? Kata shuffler, mat scooter. Lagu gini ka lu bawak? Lu macam ada krisis identiti tau tak?

4. JUWITA ~ Nubhan
Tak tahinnn la dengar suara mamat ni. Boleh layan lagu dia yang masa final AF tu je. Yang lain sakit telinga.

3. ILUSI ~ Adira
OST untuk cerita Awan Dania. Lagu ni tak boleh 'masuk' la dengan jiwa dan telinga. Suara Adira keras telinga sakit la bila dengar. Lepas tu korus dia macam caca marba menambahkan ketak-tahanan telinga.

2. RAKSASA ~ Ning Baizura
Tak cukup syok sendiri dengan Mama Papa keluar pulak lagu ni. Hazabbb la ko ni, Kak Ning wehhh!

Lagu paling tak best jatuh kepada...

1. JIKA KAU TAK DATANG ~ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Blerggghhh! LAgu ni freaking annoyed me! Asyik la dok repeat "jika kau tak datang, jika tau tak datang..." banyak-banyak kali. *tarik rambut!

Ada tak lagu yang korang tak suka? Kalau ada, lagu apa?


P/S: Currently suka dengar lagu Awan Nano - Hafiz AF

11 comments:

CikJJ said...

carta sekarang, ilusi adira

~ As ~ said...

gila tergelak aku baca *tarik rambut* imagine icon ym tu...

~ As ~ said...

aku tergelak smpai si baby amira ni pandang2 aku, ibu aku gila ape???

~ As ~ said...

komen lg, smpai si azam dtg tanya, apa tu???

cc said...

CikJJ,
Nyampas kan lagu tu?


As,
Ya aku mmg menaip sambil imejin icon YM tu hahahahaahaha!!
Sian mak korang ni gelak sorang2 (cakap kat azam dgn amira :p)

Wahida Shukeri said...

suka lagu teka silang kata aizat..terbaik..

Cik A.i.d.a.n said...

all the above listed semua aku tak suke except jinbara...aku suke rockkk babe..rock!! hahhaa..

tp agreed la kak ning nye lagu mmg annoying gile nak dgr. rasa nak lempang laju2.. PANG! PANG! PANG! (kalau dia ada dpn aku laa...) miahahaa

reena said...

i tak suka lagu kalau berpacaran. lagu satu, lagu yang tengah in/top/popular. lagu yang ulang2 100 juta kali sehari. tak kisah la lagu apa pun.

that's i suka dengar radio BFM. sebab diorang suka pasang lagu best2 yg unexpected akan kuar radio. pastu tak repeat lagu.

Zety Zin said...

err.. lagu i love you (adila) ni lagu mana ek? haha nampak beno tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan.

lagu siti dengan kd tu mak memang nyampah nok! ada lagi satu lagu siti dengan kd tu. apa tah tajuknya. pun tak suka jugak!

Wyna Nubies said...

lagu oh juwita best la...hu3 ;p

oh lagu i love you mmg gedik2...apa la kak adila ni..hu3

aznee yunos said...

gila menyampah lagu Ct n KD tuh. annoying habis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...