27 Jan 2011

Orang 'kita' ni kadang kala terlebih prihatin

Pelik tak, kalau anda tak pernah menyusahkan hidup orang lain...tiba-tiba orang tu macam susah hati dengan kita? Dia yang susah hati tak tentu hala, padahal kita baik-baik sayang saja.

Pernah alami?


Rindu kenangan waktu jadi full time baker dulu. Rindu saja. Bukan menyesal, tahu? Nanti ada pula yang salah assume ingatkan saya menyesal. Kerja sekarang memang cita-cita. Jadi mana mungkin menyesal apabila dapat sesuatu yang diimpikan.


Dulu waktu jadi full timer baker, jarang sangat saya menolak order. Order itu rezeki. Mana mungkin tolak rezeki. Terpaksa menolak sekiranya hari yang diminta benar-benar tidak available atau slot sudah penuh. Kadang-kadang, saya ambil juga last minute order atas dasar kesian pada customer yang mengharap. Walaupun saya kurang suka short notice order. Itu namanya tolak ansur dan timbang rasa, bukan?

Serang dah tak boleh macam tu. Short notice memang tak akan saya layan. Bukan apa, saya tak mahu jadual baking mengganggu punca rezeki saya yang utama. Kerja hakiki yang menuntut sepenuh perhatian.


Sempena tahun baru ni, saya turunkan harga jualan ketika segelintir bakers menaikkan harga jualan mereka. Bodohkah saya? Terdesakkah saya? TIDAK. Saya teruskan baking as part time job sebab sayang dengan bidang ini. Kerana MINAT. Rugi rasanya kalau saya tinggal, berkarat skill (kalau ada) kalau lama tak diasah. Tak gitu? Untung sikit saja pun tak apa.

Saya turunkan harga, tapi saya tak rugi. Harga turun, size pun saya 'kecutkan' sedikit. Bagi menampung kos penurunan harga jualan. Hey, saya ambil subjek marketing ya waktu di universiti dahulu! Score A lagi (sebagai maklumat tambahan :p).

Sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan ya?

Ohh, berbalik kepada pertanyaan yang mula-mula tadi (scroll ke atas semula kalau dah lupa). Mengapa dan kenapa ya orang lain perlu susah hati padahal kita baik-baik saja?

(klik gambar untuk pemahaman)

Maaf ya terpaksa guna bahasa kasar untuk menyampaikan maksud, tapi saya bukanlah 'hadap' sangat, beriya-iya menjana pendapatan daripada baking. Maaf, itu realiti. Sudah saya katakan, business kecil-kecilan ini hanyalah part time sebagai pendapat sampingan. Kalau order banyak, Alhamdulillah dapatlah lebih. Kalau tak ada pun tak apa. Saya masih cukup makan dan pakai dengan pendapatan dari kerja hakiki. Saya baking kerana minat, perlu faham itu.

Saya bukanlah bodoh untuk memberi promosi sana sini tanpa keuntungan. Saya bukan terdesak. Win-win situation di sini. Saya untung, pelanggan pun untung. Ada ke orang berniaga nak rugi? Sendiri fikirlah.

Jadi saya fikir, kenapa ya 'gugu' mesti susah hati sekiranya saya tidak mendapat tempahan?
  • Saya tertanya-tanya adakah beliau 'bitter' saya pernah menolak tempahan beliau (kalau ada)?
  • 'Bitter' sebab promosi saya tidak tercapai oleh beliau?
  • Fellow bakers yang bitter saya quote harga jualan murah? (ini least reason la sebab saya tahu kawan-kawan bakers saya diluar sana baik-baik belaka)
...atau ada sebab musabab lain? Anda ada pendapat? Mari kongsi :D


Macam tajuk entry kali ni, orang 'kita' ni kadang kala terlebih prihatin dan kelakar (sarcastic!), bersusah-payah bersusah hati demi orang lain. Nasihat saya, tak usah dan tak perlu susah hati untuk benda yang tak sepatutnya, ya?

4 comments:

reena said...

Alaaa u kan ada kerja hakiki yang lagi masyuk. Baking2 ni part time ja kan..Ada, Alhamdulillah. Tak dak, tak pa. Dia ingat u tak makan kot kat KL. Dia prihatin tu. Heeee :p

Aida Narina said...

agree with reena! at least u made an effort to expand yourself. orang yang suka buat kerja and banyak berusaha akan sentiasa kehadapan. think abt yourself and u'll be surprise of the things you can indirectly achieve from all the efforts. i'm doing engineering but i want to sew clothes. not possible kan as long as we want it. so u go girl!

knv said...

orang macam2 jenis dik. don't mind them. as long as you are happy. they don't deserve any explanation from you.

happy baking! :D

cc said...

reena,
ye kot? dia ingat i pindah KL saja2..wahahaha!


aida,
thanx babe! tp still pelik org tu susah hati :p


knv,
sbb tu sy tepek entry ni kt personal blog, bukan bizz blog. sini yg baca kwn2 je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...