4 Jan 2011

Timeline di highway

"Di mana ada kemahuan, di situ ada highway"
- pepatah bangang si Adnan Sempit

Entah apa hubung-kaitnya di antara kemahuan dengan highway?


Takda kerja sangat kan? Saya hafal jangka masa ketika di highway semalam masa drive dari YP ke KL. Bosan dowh drive sorang-sorang, maka hafal la masa untuk membunuh kebosanan. Kesian betul.

Sepanjang perjalanan ini lembah dan lurah ku lewati (eh termasuk lagu Kak Eton Me'on pulaks :p). Bukan, maksud saya sepanjang perjalanan ke KL, paling bosan adalah ketika dari YP hendak sampai ke Pagoh. Jika dilihat pada gambar, YP ke Pagoh mengambil masa paling lama iaitu 30 minit. Dah la lama, pemandangan bosan pulak tuh. Tiada apa yang menarik boleh dipandang dengan hati riang -___-"

Ketika melepasi Pedas/ Linggi/ Rembau, YB call maka tak boleh speeding. Terpaksa masuk ke lane tengah dan bercakap untuk beberapa minit. Rugi beberapa minit di situ HA HA. Lepas tu, hujan pulak ketika melalui Negeri Sembilan. Paling lebat ketika melepasi PD sampai melepasi Seremban. Hujan guwe bawak slow motion, fobia sebab pernah accident masa hujan tahun lepas. HU HU. The accident cost me 2k! Pffttt!

Kalau tengok gambar tu lepas Nilai dan takda ambik masa. Sebab? Kereta dah banyak and exit dekat-dekat sangat. Jadi tak boleh nak concentrate :p

Sampai tol Sungai Besi setelah hampir 2 jam di atas jalan (7-8 minit nak genap 2 jam). Hari tu drive balik kampung buat catatan peribadi, KL - YP 1 jam 50 minit. Nasib baik drive Myvi, cer bagi Lancer tengok bape 'jauh' boleh tekan :p

I know speeding and driving fast tak baik untuk keselamatan diri dan sudah tentunya poket (read saman). Tapi saya memang tak boleh drive slow kalau sorang, sebab drive slow makes me sleepy. Anda menghadapi masalah serupa tak?

4 comments:

Joy said...

haah..bila bwk slow..cam mengantuk.. je

Ealyie said...

kau mmg xdek keje ehhh..

Noryanti said...

aku pun sama..ngantuk klu bwk slow..haha..

cc said...

joy + yanti,
nasib baik ada yg seangkatan..kekeke :p


ealyie,
mmg! muahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...