12 Jan 2011

Wednesday wordsss....sss

Makin sunyi 'dunia' maya ku bila tibanya hari Rabu (eh eh rhythm plak dia!). Ramai dok meng'wordless'kan diri. Gua sunyi derr!

Maka, marilah meng-update blog sendiri supaya dunia tidak kelihatan sunyi sangat
-__-"

Sebenanrnya hari ni memang nak menyediakan sebuah entry berperkataan, tapi apakan daya kita hanya mampu merancang, takdir jua yang menentukan. Memory card camera terlupa pulak nak dibawa ke kantor. (Lu jangan ingat gua takda kerja kat office derr, ADA. Memang kena bawak memory card tu sebab gua nak edit gambar kakitangan bahagian. Audit sudah datang mintak carta organisasi bahagian yang terpaling latest, kena siapkan minggu ni derr).

Apesal nak kena bagi disclaimer bagai? Macam ada orang kisah =P

Ada beberapa entry yang nak digoreng. Tapi bila nak menggoreng? ...adalah tidak diketahui. Nak goreng pasal make-up, pasal handbag *cough* hasil *cough* remvatans *cough* terbaru *cough*, pasal nak let go tops + jeans and wallet.

Maka, update pasal wallet yang mahu di let go terlebih dahulu...

Wallet from THIS entry

Gambar beberapa bulan lepas. Tiada perubahan nyata berbanding sekarang.

Ado sesiapa yang berkenan?

Details adalah seperti berikut;
Status: Pernah disayangi. Mahu mencari tuan baru
Jangka hidup: 4 bulan bersama tuan sekarang
Keadaan fizikal: 95% macam baru. Manthop! (Tiada kotoran degil yang melekat)
Harga asal ketika dibeli: RM550 tunai
Harga sekarang untuk dijual: RM290 sahaja -- nangesss!(installment diterima!)

*Didatangkan bersama kotak & Coach care card


Gambar-gambar bagi menunjukkan kondisi terbaru COACH SIGNATURE KHAKI MAHOGANY ACCORDION ZIP WALLET akan ditayangkan esok. Jika kerajinan melanda, maka dapatlah gambar-gambar itu ditatap malam ini.

Jika ada yang nak chop, silalah emelkan chop-an anda ke harlina007@yahoo.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...