28 Feb 2011

Hilang fokus

Gara-gara memikirkan banyak benda yang perlu diselesaikan dengan segera untuk ke 'sana', aku jadi hilang tumpuan hari ni. 3-4 kali salah masuk lift. Aku nak ke tingkat atas, naik lift yang nak turun ke bawah. Dah sampai tingkat yang dituju aku tak turun. Haihhh.

Miserable sungguh la hari nih -___-"

Hari ni dah selesai isi form cuti dan borang permohonan ke luar negara. Esok baru bagi kat boss untuk kelulusan peringat dia. Hari ni boss tak masuk office. Cis. Harap-harap la dipermudahkan segala urusan. Niat aku punyalah baik sebab nak temankan emak yang memang teringin nak berjalan. HE HE.

Banyak lagi benda nak settle; apply visa online, book interview slot kat embassy, apply international driving permit. Nasib baik ada abang kerja dengan MAS, dapatlah travel guna family scheme tickets. Kehhhhh.

Sexcited dowh!

3 comments:

CikJJ said...

wahhh...mau terbang ke mana kah??

cc said...

terbang ke suatu tempat yang aku belum pernah sampai hehe

reena said...

Wahhh nak ke mana tu? Jgn lupa ole-ole! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...