7 Feb 2011

'Sandwich' (almost) Sunday

Semalam banyak accident kan, uols? Itu yang jalan jem tak hengat. Biasa drive dari YP ke KL amik masa 2 jam lebih semalam jadi berjam-jam-jam. Pagi tadi dengar radio, ada yang tersangkut dalam jem sampai 17 jam! Can you imagine? Kematu vontots hakak kalau 17 jam dok dalam kereta.

Al-kisah hari Sabtu lepas lepak bersama Awe, Not dan Dot kat Muar. Kitorang tidur rumah Not. Motif perjumpaan adalah kerana rindu. Hehe. Memang dah plan nak balik KL dari Muar (cadang nak masuk highway ikut tol Tangkak). Tapi memandangkan petang semalam, @plustraffic melaporkan di Twitter; trafik adalah sangat tinggi di Jasin sebab ada kemalangan, saya pun cancel la plan nak masuk tol Tangkak. Tukar plan iaitu ikut Ayer Keroh. So daripada Muar ke Ayer Keroh lalulah jalan biasa.

Baru 15-20 minit perjalanan bermula, saya (ditemani Dot) hampir-hampir nak accident! Menggeletar satu badan. Terkenang kes accident dulu :'(. Dot yang jadi penumpang kat sebelah pun ikut menggeletar. Seram la perasaan nak accident ni. Kalau betul-betul accident jangan cakaplah. Macam sekelipan mata je benda tu berlaku.

Mak tak speeding uols! Jangan maki mak, kata mak bawak laju hoccay!

Cuba tengok gambar yang saya doodle-ed ni. Faham?

(cerita di bawah berdasarkan gambar)

Masa tu kami baru lepas traffic light. Faham-fahamlah kereta baru nak laju, kan? Dah la depan tu ada jambatan, jadinya kereta di beberapa meter bahagian hadapan tak boleh dilihat (blind spot?). Turun je jambatan tu Viva depan tu emergency brek! Ku fikirkan brek biasa. Rupanya depan tu ada traffic light lagi. (Keadaan sebenar Viva bukanlah kereta paling depan. Ada 4-5 buah kereta lagi). Jadi, banyangkan semua kenderaan kat lane kanan tu terpaksa tekan emergency break!

Mujur saya tak tekan minyak lebih-lebih selepas traffic light pertama tu. Tidak kalu? Confirm tak sempat nak stop kan Kici walaupun dah break habis dan "bummmmm" cium vontot Viva kat depan. Sampai bunyi tayar "skretttttttt...". Ngeri uols!

Al-kisah lagi, Perdana belakang yang dipandu oleh seorang brader tu laju. Dia memang tak akan dapat stop kan kereta sekalipun dah brek habis. Zasssssssss dia lencong kanan naik atas divider. Nasib baik divider tu tak tinggi sangat. Terbabaslah sikit Perdana tu atas divider.

Viva belakang Perdana tu pun laju, even Perdana tu dah naik atas divider, Viva tu punya brek sampai kami kat depan boleh dengar bunyi brek dia! Seinciiiiii je lagi nak tercium vontot Kici. Sama macam seinci je lagi Kici nak tercium vontot Viva depan.

Alhamdulillah la brader Perdana tu memilih untuk naik atas divider rather than cium vontot Kici. Phewww! Tidak kalu, 'selamat' Kici ku semalam jadi mangsa kerakusan ciuman si Perdana :'). Kalau brader tu tak naik divider, memang double sandwich la semalam. Kici - Viva- Perdana- Viva. Kereta belakang Viva tak dapat dikenalpasti akan terlibat ke tak.

Kami speku; emergency break terjadi sebab kereta yang paling depan sekali kat traffic light nombor 2 tu kejar lampu hijau! Yelah uols, kejar punya kejar punya kejar sekali tu tak sempat. Dia brek. Kereta belakang dia yang feeling-feeling boleh lepas jugak pun terpaksa brek. Boleh bayangkan?

Bila call Jah Mon malam tadi, dia tak bagi saya lalu jalan lama lagi lepas ni. So I told her "...accident ni boleh jadi kat mana-mana je, baik jalan lama mahupun highway. Banyak mana kita cuba elak, kalau dah nak jadi...jadi jugak". Barulah di macam okey. Dia risau sebenarnya bab accident ni. Yelah mak mana yang tak risaukan anak, kan? :)

4 comments:

mamaDhea said...

perghh.. seramm eh.. sib baik brader perdana tu tak kisah naik divider.. teruk tak keta perdana tu? ke takde pape?

Sayang.Ibu said...

perrggghhh mmg macho laa brader perdana tu sanggop naik atas divider. pe pun.. nasib baik ko da slmt sampai dik

c'sya said...

almk dgr ayt mak u, i plak yg rs bersalah...huhuhu...jgn serik trun muar lg k...ade ms t dtg lh lg...

cc said...

mamadhea,
divider tu rendah n atas divider tu rumput. nasib baik la. so xde apa2 kerosakan pd si perdana itew


sayang.ibu,
tu la kan...syukurrrrr :)


c'sya,
alahai not, benda kalau nak jadi kat mana2 je la. y rs bsalah? no need ok? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...