11 Feb 2011

Tazkirah Jumaat

Diri sendiri tak betul ada hati nak tazkirahkan orang? KAH KAH.

Tak betul sikitlah tak nak mengaku tak betul banyak :p

Guwa punya tak betul takdalah sampai tak tahu hukum penipu orang. Nak-nak lagi yang melibatkan rezeki. Gila kau cari rezeki dengan cara penipu? Tak berkat hidup dowh.

Guwa pelik bai, macam mana ada orang boleh hidup dan cari rezeki dengan penipu orang lain? Bersenang-lenang di atas kesusahan orang lain.

Yang lagi menambah kepelikkan guwa bai, tenteram dan aman ke hidup dia kalau orang yang dia tipu dok menyumpah tiap-tiap hari? Sekarang mungkin la engkau senang, banyak harta. Tapi jangan lupa doa orang yang terainaya tu makbul. Itu janji DIA. Guwa bukanlah mendoakan yang tak baik, tapi mana lebih tak baik?

Guwa berani jadi saksi la dia ni memang suka canang cerita orang lain. Memang depan batang hidung guwa, selamba je dia cerita pasal rumahtangga member dia yang sedang bergolak. Bagi lu orang yang confuse, tak paham apa yang gua cerita klik SINI untuk kronologi awal benda yang tengah guwa bebelkan nih.

Lu orang janganlah sesekali amalkan fe'el penipu orang semata-mata nak kaya. Lu kaya kat dunia, kat akhirat lu ingat boleh lepas? Sanggup tipu sana sini semata-mata nak memenuhi nafsu serakah duniawi yang tak pernah putus (pergh guwa dah macam tulis ayat dalam novel!). Handbag mahal bukan boleh bawak masuk kubur pun. Ada BMW pun boleh pakai kat dunia je. Lu ingat boleh bawak masa lalu kat Titian Siratul Mustaqim?

Lagi satu guwa nak ingatkan, mana ada jalan mudah nak kaya? Lu orang kena usaha lebihlah kalau nak senang. Rezeki tak datang bergolek tapi rezeki ada di mana-mana dengan syarat lu orang kenalah cari. Lu orang ingat manusia kaya dari spesies penipu ni senang ke nak jadi kaya? Dia kerja keras juga. Kerja penipu orang. Nampak tidak? Usaha tu. KAH KAH.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau jauhkanlah manusia berhati keji, yang sanggup menyusahkan orang lain untuk kepentingan sendiri daripada keturunanku.
Amin Ya Rabbul 'Alamin.

Sekian dari guwa,
Ostajah tanpa tauliah (bukan ostajah plastik ya?)

5 comments:

precious innocent said...

ala, mana button like ni? malas la nak komen.. hehe

tapi benda ni la yg akak dok terfikir2.. dengan kene sumpah seranah lagi.. dengan suap nasi kat mulut anak2 hasil menipu org lagi..

akak ngeri dik.. ngeri!!!

-MamaEmma®-

monstorious wife said...

Orang yang sama kah???
wow, sungguh maju bisness dia.
Tak lama lagi dia tayang kereta porche(tak reti eja) dalam blog.

**matila kena maki ni kang.

monstorious wife said...

eh, lupa lak.. dia ramai follower uollss...

reena said...

hohohoh..tak tau nak cakap apa dah..i nak tengok what's next plak.

mamaDhea said...

dm akak blog url :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...