10 Mar 2011

"Aku apamlah..."

Masa muda dulu, Jah Mon meniaga kantin. Aku tak rasa zaman tu sebab waktu aku membesar, dia dah menoreh getah. Masa tu getah mahal. Eh, sekarang getah lagiiiiii mahal! Sekilo lebih kurang RM15. Kan Awe? :p

Rugi betul tukar getah dengan kelapa sawit kat kebun belakang tu. Eh, macam kebun aku pulak! HE HE.

Time meniaga kantin dulu, tiap-tiap hari Jah Mon buat nasi lemak, mee, kuih-muih untuk jualan. Menu sama tiap-tiap hari. Kuih yang wajib dibuat; karipap dengan apam. Aku paling ingat Jah Mon cerita pasal sorang budak yang tolong angkat periuk dan bakul jualan ke kantin. Jah Mon akan bagi dia makanan free sebagai upah tolong angkat barang.

Jah Mon tanya, "Kau nak kuih apa?"

Budak tu jawab, "Aku apamlah..."

Hahahahaha. Apa ke pelik jawab 'aku apamlah'? Jawab 'nak apam' je dah la kan. Ke bahasa orang zaman dulu memang agak pelik? :p. Ko bayangkan tiap-tiap hari nak apam. Sedap sangat gamaknya. Tak pun, beliau seorang peminat kuih apam yang tegar. #speku

.

Oleh kerana tiba-tiba aku teringin nak makan apam, maka misi membuat apam pun berlangsung. Bagus kan konsepnya? Nak makan buat sendiri, bukannya beli :p

:: Apesal kale biru ni nampak macam turquoise dalam gambar ni? ::

Ni projek meng-apam kali ke-2 selepas hari pertama hasil apam yang aku buat tidak rasa seperti yang aku inginkan. Yang first tu apam gandum,aku nak buat apam beras sebenarnya. Tapi bahan tiada. Maka, aku pasrah jelah buat apam gandum. Esoknya baru aku dapat buat apam yang aku nak makan sebab SIL aku tolong belikan bahan. Mekaseh! HE HE.

Resepi asal aku ambik dari SINI. Terima kasih Tuan Blog :D

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir (saya guna gula castor)
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam (saya perap 2 jam). Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya guna wilton gel coloring saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .

Notes:
  • Next time, aku nak kurangkan gula sebab pada tekak aku agak manis (sebab aku ni kurang makan kuih manis). Tapi, bila aku tanya orang lain (yang makan), depa kata ok pulak. Ah, gasak aku yang buat aku nak kurangkan jugak gula! Muahahah.
  • Aku guna pewarna biasa. Pewarna wilton mahal =P

:: Posing selepas kena touch-up dengan kelapa parut ::

Ikut resepi, patutnya guna acuan lompang yang kecik-kecik tu tapi aku takde acuan tu kat rumah. Maka, aku guna signature chicken pie aluminum foil sebagai ganti. Hambekkk sekali keluar, seketui jadi sebesar penumbuk. Makan TIGA ketui mengah terus. Rasakan!

:: Cantik kan apam aku? (Ehhh?) warna-warni ::


Lain kali kalau buat lagi, aku nak buat 7 kale. Kasi meriah macam rainbow.

7 comments:

LadySiti said...

mmg rajin u buat kuih....I like!
nak belajar buat apam jugak lah

aZr|n said...

kagum weh. pandai wat cakes. pandai buat apam. comel2 lak tu *jeles

nqr said...

chanteknya apam kuning and biru... rasa sayang nak makan.. kekekek..

cc said...

ladysiti,
buat la senang je


azrin,
ala ampa nak jeles apa, kami buat yg senang2 je


nqr,
mkn sambil tutup mata haha. apa lg org poland, silalah buat kot2 mengidam nak mkn apam =P

nqr said...

hahhahaha..ni bgn pepagi buta ni (kul 5.25) bukak laptop..bukak blog ko.. nak salin resepi la..hahahhaha..bior terbeliak bdk poland tgk bekal si qaiyyum hari ni..hahaha

nqr said...

xjadik buat la wei..nak kena perap tuh leceh tuhhhh....hahahhaa..semangat hilang dah.. :p

KS said...

errr.. susah ke pengat labu? pengat labu bukan ke resepi macam pengat pisang. senang je rasanya dek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...