21 Mar 2011

Alahai omak den

Semalam petang dapat berita Jah Mon jatuh motor. Dia tak pandai bawak motor sendiri, dok belakang dibonceng orang sajork. Balik dari kendurilah tu agaknya, naik dengan isteri Pak Imam belakang rumah. Pergelangan tangan kiri patah. Most probably sebab guna tangan tu masa tahan daripada jatuh.

Semalam kakak aku bawak Jah Mon pergi Hospital Segamat, buat check-up kat sana sebab kakak aku yang lagi sorang kerja situ. Tempat yang patah tu kena simen, lepas 4-6 minggu nanti baru boleh bukak. Pagi ni, pakar tulang check tak ada apa (syukur Alhamdulillah) boleh balik hari ni.

Tapi, Jah Mon duduk rumah kakak aku kat Segamat dululah, tak balik YP terus. Balik pun takda siapa kat rumah. Nanti takda orang nak tengok-tengokkan. Haji Shuk busy jaga bini dia yang lagi satu sebab anak sana tak boleh harap.

Insya-Allah Jumaat ni zasss aku balik tengok Jah Mon. Sian omak den :(


P/S: Time-time ginilah gunanya anak ramai... (dan boleh diharap)

4 comments:

reena said...

Kesiannya makcik. Syukur tak dak apa2. Moga makcik cepat sembuh ya! Untung ada anak macam Cik Chelsea ni *Ehem* :p

aZr|n said...

semoga jah mon cepat baik. insyaALLAH.

cc said...

reena,
hari ni dah boleh keluar wad.
erkss..puji2 ni nak apa2 ke? hahahaha


azrin,
semoga. AMIN :)

Mamarempit said...

alahai....jatoh motor la plak...syukur tk de pape kan...

Biras akak pun keje kt sana...baru je tukar awal bulan ari tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...