31 Mar 2011

Day 3: Temu janji pertama yang sempurna

Aku tak fancy first date yang gempak macam makan kat tempat mewah or dapat hadiah mahal. Cukup bagi aku, kalau masa yang diluangkan bersama si dia tu betul-betul menyeronokkan.

Lelaki tak perlulah nak jadi gentleman sangat. Don't try too hard. Sometimes, less is more. Aku rasa jaman sekarang paling tak boleh blah praktikal konsep LELAKI MESTI BAYAR SEMUA. Tapi it is NICE kalau lelaki tu offer diri untuk bayar in the first place. Pandai-pandailah 'kaw tim' macam mana nak settle kan bil atau apa-apa jelah. He he. Aku tak biasalah hidup orang support. Sampai sekarang pun kalau keluar dengan YB, mesti sama-sama keluar duit. Kalau dia beli tiket wayang, aku beli pop corn. Tak pun, kalau dia beli tiket wayang, time makan aku pulak yang 'belanja'. Gitulah, give and take. Kalau dia aje yang keluar duit, aku rasa tak selesa.

Tapi aku fancy masa keluar first date dapat bunga daripada si lelaki. I know. I know, it's typical. Tapi nak buat macam mana, bunga itu indah kalau dapat dalam hati pun berbunga jugak =P. Aku pilih bunga daripada coklat sebab aku kan tak minat coklat. YB tak pernah bagi bunga, aku pernah mintak tapi dia tak pernah layan. Aku pun tak tahu kenapa. Pelik aku. Dia ada isu @ bad experience melibatkan bunga ke? Ha ha. Mari #speku.

Aku patut tulis secara natural kan? Tak melibatkan YB. Tapi tak boleh, asal kata 'date' je muka mamat tu jugaklah yang aku terbayang. Kalau kata aku takde BF, mungkinlah boleh tulis secara fantasi. Boleh berimaginasi secara bebas. Currently imaginasi aku hanya penuh dengan dia.

Aku tahu, manis sekali bukan? *icon love tiga ketol

Kah kah kah.


P/S: Jawapan 'day 3' aku yang dalam perenggan pertama tu je =P

5 comments:

precious innocent said...

akak ni, dah anak 2 orang pun still tak dapat bunga dari hubby. pelik sungguh!

tapi takpa la, dia dah tolong masak dinner (kekadang) tu pun dah cukup baik... #binimithali

tapi kalau dapat unexpected hadiah syok jugak.. huhu...

-MamaEmma®-

reena said...

i pernah dpt bunga skalik je #jadilah

cc said...

ME,
agaknya org lelaki ni fikir bunga tu 1 membaziran, kot? kan?


reena,
i prnh dpt tp dr kwn2 perempuan. dr BF blm pernah :p

Puan Saira Azura said...

SBB YG KT BUAT PE NK BG BUNGA KT KO..KANG KO BUAT HIASAN KT KAPKEK..WAKAKAK

La Petite Cherie said...

Sweet :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...