11 Mar 2011

Kalau berpacaran...

Aku bukan nak cakap pasal lagu Altimet tu. Topik yang aku nak ulas (perghhhhh!) hari ni ialah kalau berpacaran biarlah sekufu. Chop! Aku rasa lebih tepat kalau aku kata kalau berpasangan.

Kenapa sekufu itu penting?

"Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,'' jelas Dr. Amilah."

Dr. Amilah Awang Abd. Rahman - Penolong Profesor Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Nak baca artikel penuh? Boleh baca kat SINI.

Memula aku nak cakap, situasi aku sekarang (sedang berpacaran) - aku ada degree while YB tengah buat degree. Tahun depan Insya-Allah habis la PJJ dia tu. Aku harap nanti bila sampai fasa perhubungan kitorang ke peringkat yang seterusnya, kitorang akan sama-sama ada degree. Tapi brader tu impian tinggi, dia nak buat master. Aku malehhh, otak dah karat :P

(Teringat semalam dalam meeting boss aku bagi tazkirah (dia baca syair Arab sebenarnya) "Belajar masa kecik seperti menulis di atas batu. Belajar masa dah dewasa seperti menulis di atas air" - Paham tak maksud tersiratnya?)

Kenapa sepanjang-panjang artikel kat link yang aku bagi tu, aku cuma quote sikit je? Sebab aku nak korang tau benda yang aku quote tu adalah benar sama sekali dan tidak boleh disangkal. Well, at least bagi akulah sebab aku 'menyaksikan' benda ni secara dekat. Senang kata, orang yang hampir dengan aku.

Sesungguhnya memang susah weh kalau si suami ni kurang educated. Lebih susah kalau cara berfikir tu memang tahap orang tak cerdik. Kira macam nampak sangatlah kau tu bongok. Aku bukan nak merendah-rendahkan orang kurang terpelajar, ni aku cakap specific untuk spesies yang otak sempit dan tak nak majukan diri. Berlagak mengalahkan orang yang lebih educated pulak tu. Tak ke menyakitkan hati?

Dah la tak ikut perkembangan semasa, general knowledge kurang, baca Harian Met.ro pulak tu!

Tak ke susah nak borak pasal apa-apa isu kalau semedang itu-ini tak tahu? Cuba bayangkan kalau bini doktor gred U54 tapi laki N17. Takpun, lagi rendah N1. Nampak tidak jurang kat situ? Sementelaah isteri menuju puncak kejayaan (wah ayat aku), apa yang ada pada suami? Statik kat tahap situ sampai bila-bila. Duduklah kau buat kerja yang sama sampai pencen.

The worst part is, kalau laki terlebih-lebih jakunnya daripada bini. Dia yang pom-pam-pom-pam lebih mengalahkan bini. Macam kaduk naik junjung, tahu? Bikin malu!


P/S: I'm bitter!

7 comments:

reena said...

U marah kat sapa sebenarnya ni?

Joy said...

case berlagak pandai ke? yg pntg keserasian..

jelita78 said...

well said!

mamaDhea said...

ahkak setuju!! :D

cc said...

reena,
nanti i cite lepas u tak bz dgn wedding..hehe


joy,
nak cari yang serasi dr semua segi tu yang payah


jelita78,
;)


mamaDhea,
kalau setuju angkat keyboard :p

knv said...

saper ni dik? cer citer cer citer hahahahha!

yes, i often think when me and husband are both old and shrinking, i would love to think that at least we can still have animated conversation about things that matters. memang perlu ada sekufuan kat situ.

Sayang.Ibu said...

yes... i like this entry. akk pun setuju. sekufu itu penting. bukan in terms of 'poket' tapi pemikiran. dan akk rasa kalo suami-isteri sekufu, sifat menghormati akan wujud. tak laaa timbul saat di mana suami/isteri boleh memperlekehkan kekurangan pasangan. jugak penting sekufu bila kita nak mendidik anak2. sbb tu Islam pun ada menggariskan soal sekufu nih.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...