24 Mar 2011

Kuih 'pebret': Bingka Labu

Roh rajin aku datang lagi. Kali nih dalam mood nak buat kuih tradisional. Lepas buat Apam Beras hari tu (and menjadi!) terus aku rajin nak mencuba kuih-kuih Melayu ni :p

Lagipun, tercabar tengok kerajinan Chika buat kuih Keria HE HE.

Aku teringin sangat nak makan Bingka Labu sejak 2-3 minggu lepas. Alih-alih kat blog Minah Mama Rempit ni dok tayang gambar Bingka Labu yang dia buat. Perghhhh ... terus terbakar rasa nak buat jugak! #NG :p


:: kenapa labu kat Malaysia tak comel macam kat overseas eh? Yang dorang guna masa Halloween tu? ::

Setelah seminggu lebih aku layan perasan malas nak buat (walaupun tekak teringin sangat nak makan), maka semalam aku gigihkan diri pergi Tes.co, semata-mata nak cari bahan buat bingka. Tengah-tengah buat tu si YB call, aku saja la cakap kat dia "Tak nak tanya ke guwa tengah buat apa?", "Buat apa tu?", "Kuih Bingka Labu", "Amboiiiii (panjang amboi dia!) ............ rajinnya."

Ayat dia yang last tu menganjing aku sebenarnya, dengan intonasi suara dia yang macam tak percaya je aku buat pfttt. Siot betul.

(Guwa tepek gambar step by step untuk tatapan lu derr, kot-kot la lu skodeng blog guwa kan? Ehh ... memang kan? HA HA)

Resepi aku dah print siap-siap yang macam dalam blog Mama Rempit tu, tapi terlupa nak bawak balik. Boleh? Maka aku gugel la resepi lain dan keluarlah resepi dari CMG kat myresepi.

Bahan:
200 gm tepung gandum
200 ml air
300 ml santan
180 gm gula (next time buat aku nak kurangkan sebab manis pada tekak aku)
5 biji telur A
1 sudu kecil esen vanila (lain kali tak mahu letak, biar pure rasa dan bau labu)
1/2 sudu teh garam

450 gm labu - rebus hingga lembut

How to?
Senang je nak buat. Kalau susah takdenye rajin aku nak bikin =P



Labu ni kenalah kupas dan bersihkan ye? Takkan nak rebus dengan kulit and isi perut dia pulak. Pastu potong kecik/nipis kasi dia cepat lembut bila direbus.



Masuk dalam bekas rebusan dan rebuskan mereka sampai lembut.



Buat lenyekkan sekuat rasa terhadap labu yang telah direbus. Lepaskan geram konsepnya, ya? HA HA.



Bahan-bahan yang lain tu satukan, sebatikan guna whisk sampai gula larut. Lepas tu tapis.



Masukkan labu lenyek ke dalam adunan bahan lain, kacau hingga sebati.

Then, masuk dalam loyang dan dibakar selama 40 minit pada suhu 200C - masa membakar bergantung kepada oven masing-masinglah.

Dah siap!



Teng!



Teng!



Teng!



*joget joget goyangkan apa yang patut*



:: *hinsss hinsss* - insert muka bangga nak mampos muahahah ::

For a first timer, rasa OK tapi manis sikit walaupun rupa ada huduh sket. Ke korang tengok OK je? Aku ada ISO untuk rupa paras (presentation) okeh. HA HA.


Ada 1/2 biji labu lagi kat rumah. Aku dah gugel resepi pengat labu, tapi banyaklah pulak bahan yang diperlukan. Aku adalah malas nak pergi Tes.co (lagi) nak cari bahan. Motip sangatlah aku nak kena menghadap jem kat Jalan Kuching ke arah Selayang tu tiap-tiap hari kan? Koser. Try cari bahan kat kedai depan SPPK Segam.but ajelah petang kang (kalau roh rajin aku masih lekat dalam badan HA HA).

Bingka Labu ni salah satu kuih (tradisional) favorite aku selain karipap, pulut panggang, pau daging dan cucur badak. Korang suka kuih apa? 'Kuih' teow tak kira ok? Tu lain kategori.

5 comments:

Mamarempit said...

kali ke 2 akak buat...2 loyang...buh la esen..skali tk seddapppp...mencikkkk....

CikJJ said...

karipap sardin nak 20 bijik!
eh, tradisoanal tak?

cc said...

mamarempit,
tula, esen tu mcm kacau rasa dia sket kan?


cikjj,
sama plak dgn arip suka karipap sardin!
traditional la tu =P

Mamarempit said...

bukan kacau sikit..kacau banyakkkkk

reena said...

I sukak karipap, cok keria (kuih keria la tu. heh), buah melaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...