22 Mar 2011

Pemergian 17 Rabiul'akhir

Emak mertua abang aku (yang aku duduk rumah dia sekarang ni) telah kembali ke rahmatullah pukul 1:30 petang tadi. Takziah buat abang dan SIL aku sekeluarga.

Alhamdulillah
dorang sekeluarga sempat balik untuk bersama-sama arwah di saat-saat akhir. Dorang gerak balik ke Kuala Lipis lepas maghrib malam tadi lepas adik SIL aku call kata emak dorang dah nazak. Dah tak response bila orang tanya dan berbual.

Weekend lepas dorang dah balik, tapi masa tu ok lagi. Boleh sembang macam biasa. Cuma SIL aku kata yang lainnya bila dia nak balik tu, emak dia siap lambai. Sebelum ni takde pun lambai-lambai. Sedih aku dengar :(

Semoga roh Arwah Wan Jah (nama panggilan anak-anak buah aku pada arwah) dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Al-fatihah...

6 comments:

reena said...

Al fatihah buat beliau. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. AMin.

cc said...

reena,
thanks babe. Amin

MarlissaMusa said...

salam takziah buat ur sil family

jelita78 said...

salam takziah from me too.
semoga diampun dosanya dan rohnya dicucuri rahmat illahi..aminnn

NadiahKhair said...

salam takziah dr akak.
baru tahu berita ni. semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

cc said...

mar, jelita78 + kak nad,
thank you all for the prayers n wish. nanti sy sampaikan pd SIL :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...