24 Mar 2011

Puan lagi sorang

Sorang demi sorang kawan aku dah bergelar 'puan'. Akuuuu? Masih cik sampai sekarang :p. Sabar, sabarrr ... kang sampai seru, tak payah ditanya. Zasss tanpa banyak bunyi HA HA.

Weekend lepas aku balik kampung sebab menghadiri majlis walimatulurus kawan aku yang sorang ni. She's one among my close friend masa form 6 dulu. Kitorang dulu masa form 6 ada geng sendiri, 13 orang. Ramai (dan nakal). Jap aku nak ingat balik sorang demi sorang. Ingat ke tak nih?

Aku. S'mah (tablemate). Ajun. Mimie. Shida. Azu. Izyan (yang kahwin ni). Mala. U.G. Nana. Alin. Maya. Shela.

Status: Berkahwin
  • Shida - entah-entah anak dah masuk 2 orang. Lama gila tak contact minah ni. Last jumpa masa wedding dia tahun 2006 (ke 2007?)
  • Izyan - baru kahwin minggu lepas
  • U.G - pompuan ni aku jumpa kalau pergi bank kat YP. Dia kerja kat bank sekarang. Anak sorang.
  • Nana - jumpa masa attend wedding Izyan last week. Ni pun anak sorang.
  • Alin - wedding dia last year, tapi aku tak dapat attend :(. Jumpa dia sekali masa kat Putra.jaya tahun lepas masa aku belum ditempatkan ke office sekarang.
  • Maya - sekarang kat Perlis, ikut suami. Anak sorang.

Status: Bertunang
  • Mala - dah kurus sekarang, dulu rendang tak berbuah *matikkk la capoi. Aku jeles sangat tengok dia sekarang. Slim NM okeh!
  • Shela - jumpa kejap minggu lepas. Tak sempat borak pun :(. Alih-alih tau dah bertunang (tengok FB).

Status: Belum berkahwin
  • Aku - LDR 5 tahun HA HA
  • S'mah - dapat jumpa kejap je last week. Sempat la bergurau kasar sedas dua :p
  • Ajun - cikgu single trang tang tang. Kot ada hakak-hakak kat luar sana yang ada adik lelaki, bolehlah kita matching-matching kan *kena bom aku ni jap lagi
  • Mimie - bakal bertukar status *matikkk aku kena bom dengan pompuan ni kang
  • Azu - pompuan ni pun aku dah lama gila tak jumpa. Kerja mana sekarang pun aku tak tahu.

:: gambar aku 'pinjam' dari FB pengantin ::

Semoga bahagia dalam menjalani kehidupan yang baru dan kekal ke anak cucu untuk Izyan dan pasangan.
AMIN.


Nasib baik masa pergi wedding minggu lepas aku tak terserempak dengan makcik-makcik kepochi, kalau tidak letih aku nak menjawab soalan cepu emas yang malas aku nak jawab sebenarnya yang dah banyak kali sangat ditanya.

3 comments:

missrivebell mumun said...

LDR tu ape kak?

CikJJ said...

bukan 14 org ke nyah? yg sudah ade anak sorg tu..uhukss..

(dlm list tu..sume nyer dah berpunye..cume sorg je..nasib bek abg ko sume dah selamat kan nyah..muahaha)

cc said...

mumun,
long distance relationship :)


cikjj,
13 jelah! dia (yang berkenaan) tak dikira sebagai ahli sbb asalnya dia kelas lagi 1, transfer masuk kelas kita :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...