28 Mar 2011

Rezeki tekak, coklat Patchi sekotak

Al-kisah aku teringin nak rasa Patchi Chocolate selepas si Dot dok sebut pasal coklat ni. Dia kata coklat ni mahal takde jual kat kedai biasa. Aku manalah tau kan sebab aku bukannya peminat coklat yang tegar. Aku siap gugel cari info (nak tau harga :p) and baca review orang. Rata-rata kata coklat ni sodap! Lagilah menggeletis aku nak try. #NG katanya ha ha.

Ada satu blog ni kata (hasil gugel-an) Patchi Chocolate 1000gm RM24. Wahhh, aku kata boleh borong banyak-banyak nih sebab murah! *mata bersinar. Murah gila kan 1000gm @ 1kg RM24. Boleh makan sampai muntah. Excited sungguh la, dalam kepala dah plan nak beli banyak nak bagi emak, nak bagi YB (dan emak YB =P), nak bagi kat member, etc. ... #tamak

Sekali tu TYPO daaaaaaaa ... !!! Aku tanyalah pasal Patchi ni kat twitter, betul ke 1kg RM24? Sekali tu Kak KS kata bukan. Rupanya 100gm RM24. Pfftttt! Mahal NM la kalau gitu, kan? T___T. Dusta belaka la Patchi 1kg RM24.

Aku lah yang bengong kan, ada ke percaya coklat mahal harga macam tu. Kah kah kah ... Aku pernah usya coklat ni kat KLCC, 100gm tu 3-4 ketul je uols *pitamsss



Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki la kan bila kakak kat office ni hulur coklat Patchi berketul-ketul kat aku :D. First day tu dapat 5 ketul, esoknya dapat lagi 7 ketul *joget joget. Cer kalau beli? 12 ketul tu tak ke RM70 (entah-entah lagi mahal).



Dia bagilah aku beberapa ketul sebab ex-boss dia bagi sekotak coklat Patchi kat dia hari tu. Aku dapat lain-lain perisa. Ada milk choc, dark choc, almond, hazelnut, coffee, etc. ...



Menurut firasat tekak aku (cehhh!), milk chocolate-nya adalah sama rasa sajork dengan coklat biasa. Takde rasa 'mahal' pun. Ni pendapat akulah #tekakorangkampung.

Dark chocolate dia sedap! Aku cakap sedap sebab aku memang lebih suka dark chocolate. Agak bias di sini. Heh.



Tapi milk chocolate perisa hazelnut dia terbaik wok! Aku makan 2 ketul adalah tak puas. Haha. Dalam tu ada hazelnut kebijik. Yang nih memang sedappppp. Kalau teringin nak makan lagi, memang hazelnut ajelah yang aku beli :D

Godiva aku tak pernah try. Sedap ke? (bagi yang pernah try). Ke ada coklat lain yang memang betul-betul sedap? Al-maklumlah, piawaian tekak orang ni lain-lain. Sedap tu terlalu subjektif. Tapi kalau ramai yang kata sedap, betullah sedap kot, kan? #bukantekakular


P/S: Bolehlah aku berangan letak coklat Patchi dalam dulang hantaran sebab ada 'lubang' nak dapat Patchi murah. Keh keh keh ...

16 comments:

precious innocent said...

akak tunang dapat hantaran ceklat patchi ni. dah tak ingat rasanya macam mana, sebab dah selalu telan ceklat murah.

#takmampubeliceklatmahaltungguehsanorgaje

-MamaEmma®-

monstorious wife said...

ceh, akak baca ayat atas tu..
wht?? 1kg rm24... Murah nak mati terus nak beli jugakk

baca ayat selanjutnya, rupanya typo.. keji sungguh kasik harapan palsu.

Mamarempit said...

hehehehe...tekak akak tekak naga....

akak..kalo dpt tudor gold dark choc tu pun ok....sedap ajer kalo nk compare ngn lain2..hehehhe

~ As ~ said...

cer kirim cer kirim kat sini sikit...ekekeke kate ada 'lubang'..

C!kpuanmuda® said...

entry riak! blah la... #bitter :p

cc said...

precious innocent,
meletops apa hantaran guna choc patchi. motip kata tak mampu kaedahnya? pfftt =P


monstorious wife,
blog yg sy baca tu la yg bagi harapan pelesu hehehehehe


mamarempit,
tudor? i is belum pernah try. hr tu try cadbury dark choc not bad la. tp tak best sgt sbb nipis


as,
aku recce utk hantaran sajork nyah. lain waktu kalu tak dapat derr -__-"


CPM,
motippp bitter dgn i yg suci murni iew? xyah nak bitter, mak xdo duit jota2 :p

Hana Jaffar said...

silent reader here. salam perkenalan

u ada kenal anyone from patchi? boleh i dpt contact tak,pleaseeeee! :)

Qai Esmael said...

saya hampir stiap 2 bulan akan makan n beli patchi sbb mmg sejak 2006 smpi skg patchi lah yg terbaik...
mana x nya, sya x beli kat Malaysia sbb mahal...saya beli direct dr dubai sbb kirim kwn yg masih menetap kat sana, so stiap kali balik Malaysia, sya akan kirim 2-3 kotak sbb harga jauh lebih murah, RM38 sekotak, ada dlm 20 biji!! berdanding harga kat Malaysia RM24 bg stiap 100gram.

Ahmad fadhil said...

@qai esmael.... Bley order x? Saya nk beli ni...

Ahmad fadhil said...

@qai esmael.... Bley order x? Saya nk beli ni...

Ahmad fadhil said...

@qai esmael.... Bley order x? Saya nk beli ni...

Ahmad fadhil said...

@qai esmael.... Bley order x? Saya nk beli ni...

ahmad nazrie said...

Jangan cari bini yg materialistic..

budakbandunglaici said...

Sedapnya

budakbandunglaici said...

Sedapnya

dj Lynn said...

Beli kat airport rm450.25/kg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...