25 Mar 2011

Sejauh mana anda serasi?

Anda kenal pasangan anda? Ya? Tidak?

Mari berkuiz (bukan terkuis-kuis) untuk mengetahui sejauh mana anda kenal pasangan anda! Kita bersama dalam rancangan Shhherashhhi Bersama ............ NOT! =P

Aku pergi Bukit Gambang baru-baru ni. Family aku buat mini family day sempena dengan cuti sekolah. Aku je takde family #kesian (not!). Gigihlah drive daripada YP - Segamat - Gambang. Tapi syiok sebab ikut jalan lama. HE HE.

Family day mana best kalau takde games kan? So, kakak aku mengarahkan aku buat soalan untuk couples untuk game 'Serasi Bersama'. Akulah yang kena buat kan sebab aku tidak layak untuk main game tu sebab takde pasangan. KAH KAH. Dia tak nak buat sendiri sebab nanti dia tak boleh main. Dasarrrrr ... :p

So, inilah soalan-soalan yang aku bagi kat pasangan-pasangan yang ada ...





Abang #12 and pasangan dia dapat markah paling banyak. 9 out of 12! *Clap clap clap. Dahsyyyyaaaat wooo banyak jawapan yang sama. Kagum aku tengok jawapan dorang. HE HE.

Jah Mon dengan Haji Shuk? Dorang dapat 1/12. Muahahahahaha (tak baik je aku gelak). Lawak okehhhh! Sebab dorang sebenarnya kurang faham soalan. Yelah kan bila aku tanya soalan untuk isteri, suami yang kena imagine jawapan isteri. Yang mak dengan abah aku, dorang jawab untuk diri sendiri. Camno nak betul? :p

.

Beberapa hari lepas, aku main la game ni dengan YB. Bila baca soalan sebut 'suami' and 'isteri' rasa lain la pulak. I is tersipu-sipu malu ... gedikkk! Muahahahah. SCORE ... ??? Aku kalah teruk T____T. Aku tak sangka YB lagi banyak 'kenal' aku daripada aku kenal dia. I is macam tak boleh menerima kenyataan. Tapi, soalan dia dapat senang berbanding soalan aku sebab tu dia menang #taknakkalah. LOL!

Soalan #7 and #11 aku skip - tak tanya kat YB. Kang dia bagi big numbers kat pinggang aku, aku gak yang sentap kan? HA HA. Soalan #11 tu belum berlaku maka tak payah tanya. YB jawab betul soalan #1, #5, #8 dengan #12. Soalan last tu aku bayangkan tempat dah betul, tapi salah nama. Dem -___-". Aku mintak 1/2 markah sebab bayangan dah betul cuma nama je salah pun YB tak kasik, kedekut OK! Nyampah!

Aku lupa nak belek dan telek jawapan evergreen couple tu, kat manalah tempat pertama dorang dating kan? Rugi tak tengok jawapan hari tu! HE HE.

Agak-agak kalau soalan-soalan ni ditanya kat korang, apa score yang korang dapat? :p


P/S: Saja suka-suka, berapa banyak salah and betul bukan ukuran :)

6 comments:

Puan Saira Azura said...

ape soklan dia..post sket kat entri..aku pon nak ty kat laki aku..

cc said...

motip ko tny soalan apa? punyalah besar aku tepek gambar kat situ -___-"

reena said...

Lawakkkkkk laaaa Jah Mon & Haji Syuk! Tergelak besaq i kat ofis ni ha.

Nak test bf jugaklah. hihi.

mrs.ecam said...

hahhahah klako la mak abah ko...heeee spe yg slh nih...ko la yg slh x xplain kn derang btol2 cane nk jwb...kui3...baheklah aku nk try gak la tnya soklan ni kt en.somiku...heeee ihihihi

Puan Saira Azura said...

beb, sbb xmpk ler aku ty..adeh..beselah pc olskul

cc said...

reena,
now he's back apa lagi sila pergi kuiz-kan =P


mrs.ecam,
sila tanya :D

woiiii ko mana pegi hah lama gila tak hapdet blog? dah bsalin ke blom? (aku rs baik aku 'melawat' blog ko utk jwpn2 tsebut hehe)


zura,
kamon org jpa tak kan pakai pc kaput? *larikkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...