8 Mar 2011

Tiramisu Cake

Aku pernah makan Tiramisu Cake sekali je, kat Secret Re.cipe. Pengalaman pertama makan? Muak. Lantas daripada itu aku terus blacklist Tiramisu.

Minggu lepas sampai seru aku buat Tiramisu sendiri. First time, aku guna lebihan Red Velvet Cupcake punya frosting sebagai cheese layer. Sayang weh frosting banyak lebih, kang terbuang gitu je rugi. Gila tak rugi? Frosting guna mascarpone ko.

Aku buat dalam Tupperware je, saja nak test dengan niat "kalau menjadi, baru aku buat dengan sempurna."

Sedap! (matik la perasan). Niat baik kan selalunya makbul =P


Ni second time aku buat Tiramisu, ikut resepi yang aku gugel tapi 'chambiasa' (#englishmalay :p) aku alter. Yang first time tu ikut sedap rasa aku je :p

Senang NM okeh buat Tiramisu ni. Takyah bakar-masuk-keluar-jaga-api oven. Double like!

Bahan wajib ada:
Ladyfinger biscuit
Cream cheese - 8 oz
Mascarpone cheese - 8 oz
Castor sugar - 150 gm (aku letak 100 gm je)
Whipping cream - 250 ml
Coffee *
Cocoa powder *
Fruits - optional

How to?
Beat cream cheese sampai lembut. Masukkan mascarpone cheese, beat lagi.

Masukkan gula, pukul sampai sebati.

Putar cold whipping cream sampai kental. Masukkan dalam adunan cheese.

Bancuh serbuk kopi dan serbuk koko dengan air panas. Air aku guna 1 1/2 cup.

Celup ladyfinger biscuit tu dalam bancuhan coffee-cocoa mix tu then susun jadi base dalam pan.

1st layer: Biskut. 2nd layer: Cheese. 3rd layer: Aku dust kan cocoa powder.

Ulang step kat atas ni sampai la habis semua bahan.

Aku dapat 3 layer, guna pan 9" round.


Aku guna pan yang boleh angkat base dia tu. Kalau ada form spring pan much better!
Aku biarkan 1/2 hari dalam fridge. So memang sehabis menyerap la rasa kopi-koko tu kat dalam biskut. HE HE.

Keluarkan lepas tu hias dengan buah. Aku suka peach, jadi aku letaklah peach. Dah boring tengok strawberry =P


Sengaja aku beli peach yang halves cut, nampak besar. Sekali pandang, macam telur dinosaur atas kek. LOL!

7 comments:

Mamarempit said...

kalau letak kek span ke kek coklat ke...sedap tak...cam nk try je...cam best....hehehe...

cts said...

amat menyelerakan

~ As ~ said...

i heart tiramisu..ohhh diet ku.

Eti said...

nampak sedap!

missrivebell mumun said...

mintak sket kak

cc said...

mamarempit,
boleh tukar guna vanilla sponge cake. sy maleh nak buat kek, tu yg guna biskut je hehe


cts,
try la ;)


AS,
diet aku ke laut, padahnya i've gain almost 2kg. zammmmiittt! T__T

cc said...

eti,
rasa pun sedap ;p


mumun,
nak post? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...