1 Mar 2011

Weekend lepas aku sawan



Aku bikin Marble Cheese Brownies untuk SIL sempena birthday dia yang ke-42. Dia yang request nak rasa MCB ni sebab dia pernah tengok aku buat untuk customer tapi belum pernah rasa. Being angelic adik ipar, aku pun buatkan la HE HE.



Lapisan brownies ni bakar dulu. Aku buat half recipe je sebab resepi asal guna loyang empat segi 10" x 10". Disebabkan oven SIL aku kecik, maka tak dapek la aku nak buat ikut size tu. Aku tukar guna loyang bulat 9".

Ni resepi penuh: (aku ambik kat internet)
250 gm butter
1 cup cocoa powder
3 eggs B (aku guna 2 biji A)
300 gm castor sugar (gula halus pun boleh)
125 ml evaporated milk
1 1/2 cup multi purpose flour (1 cup = 125 gm)
1 tsb baking powder
1 tsb soda bic
1 tsb vanilla essence

Cheese layer:
250 gm cream cheese
3/4 cup castor sugar
1 egg B



Nipis pulak lapisan brownies aku bila buat half aje :p. Kena buat full recipe lah lain kali. Biar nampak penuh dan tinggi HA HA.

Cara:
Panaskan oven 175 DC.
Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
Pukul telur dan gula - guna hand whisk je.
Masukkan dalam adunan butter-koko tadi.
Masukkan susu cair.
Masukkan tepung sikit demi sedikit (yang telah diayak bersama soda bic dan baking powder).
Masukkan vanilla essence.
Masukkan dalam loyang (dan tinggalkan sikit dalam 2 sudu besar untuk buat lorekan atas lapisan cheese). Kalau guna loyang 10" x 10" kena alas dengan parchment paper and buat lebihan kat tepi supaya lepas masak senang nak keluarkan. Aku guna springform pan je, senang HE HE.
Masak selama 20-30 minit bergantung kepada oven.

Untuk lapisan cheese:
Pukul cheese sampai lembut.
Masukkan gula, pukul sampai sebati.
Masukkan telur, pukul lagi sampai sebati jugak.
Ratakan adunan cheese atas brownies yang dah masak.
Pipe kan adunan yang brownies yang diasingkan td dan lorekkan dengan lidi.
Bakar 15 minit atau sampai lapisan cheese masak.



Aku terlebih bakar cheese maka rentunglah ia. Itulah padah kalau bakar cake sambil baring tegok tv -__-"

Tapi tak apa, walaupun rentung tak menjejaskan rasa langsung. Tetap manthoppp! *matik la kan masuk bakul angkat sendiri.

Sawan sebab roh rajin terlebih kat dapur. Aku buat tiramisu jugak, kang rajin aku tepek resepi. Senang NM rupanya buat Tiramisu #eksen :p

2 comments:

FAM said...

eh, samalah. akak buat jgk. tp ikut resepi panggil choc cheese cake. belasah la kan.

cc said...

yg akak buat tu bkn marble choc cheese cake? resepi tak sama dgn yg nih rasanya.

guwa dah pernah try 2-2 :p #eksen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...