20 Apr 2011

"Atok rindu Wan" - cerita anak buah aku

Korang ingat entry ini dan ini?

Lewat petang semalam family abang aku balik. So malam tadi sempatlah aku borak dengan anak-anak buah aku pasal pemergian atok dorang (belah emak) hari Sabtu lepas.

Cerita daripada anak buah aku ...

Atok pergi kebun, tebang pokok tebu nak hilangkan rindu pada Wan (arwah isteri, nenek kepada budak-budak tu). Atok jual tebu tu, duit yang Atok dapat nak buat beli beras.

Atok keluarlah naik motor. Dalam perjalanan nak ke kedai tu Atok jatuh. Kepala Atok terhantuk dan cedera teruk. Atok kata dia pening kepala masa bawak motor tu.


Tak lama lepas sampai hospital, Atok meninggal ...


Yang buat aku sayu part arwah rindukan arwah isteri dia. Yelah, dah hidup sama-sama berpuluh tahun. Bila ditinggal seorang diri, mestilah sunyi. Mesti rindu sangat. Nak buat apa pun sure terbayang dan teringat kat arwah isteri.

2 comments:

monstorious wife said...

Ala...sedihnya... yg baru kawen setahun pon bila takde sorang sedih. Inikan pulak yang dah bertahun2 tu..

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

huhuhuhu...i yg dok jauh seminggu dulue tue pon tk sanggop babe...trus kene tapau balik ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...