28 Apr 2011

Boss aku kata kalau orang dewasa masih sukakan permainan, itu tandanya waktu kecil tak bahagia

Beberapa bulan lepas, ada consultant datang buat presentation layout untuk masjid dan surau seperti yang kami minta. Depa bawaklah model masjid tu sekali untuk presentation. Bila tengok model-model mainan tu, boss aku dengan nada bergurau kata "Ini mainan orang tua. Dulu kecik tak bahagia, bila dah tua baru dapat main..."

HA HA HA

Semua orang dalam bilik mesyuarat ketawa dengar statement tu. Aku pun rasa statement tu kelakar. Orang tua yang tak bahagia sewaktu kecil, bukankah kelakar bunyinya?

Dulu masa kecik mana wujud smartphone. Mana ada iPod. Mana ada iPhone. Mana ada iPad. Kannn?

Tapi waktu kecil aku bahagia walaupun tiada gadget pintar seperti yang aku sebutkan tadi. Aku bahagia main baling selipar, galah panjang, batu seremban, zero point (mainan tiada point yang menyeronokkan ha ha) dan masak-masak.

Aku juga bahagia ketika dapat berkubang di dalam parit. Bahagia juga bila dapat bermain dalam kebun. Mengutip biji-biji buah getah untuk dijadikan sate. Ketuk cengkerangnya yang keras itu, lalu ambil isinya dan cucuk pada batang lidi yang diambil dari penyapu lidi emak. Lama-lama emak perasan juga bila lidi penyapu beliau hilang -__-"

Kemudian, dengan bahagianya berlakon; sate biji getah itu tersangat enak! Bukankah begitu bahagia keadaan ketika zaman kanak-kanak? *senyum lebar sambil pandang siling

Walaupun aku bahagia sewaktu zaman kanak-kanak,

Bila dah tua dewasa ni tetaplah nak main permainan seperti kanak-kanak jugak. Dulu masa kecik tak dapat nak main benda-benda gini, jadi sekaranglah masanya. He he.



Permainan 1: Smurfs
Membina perkampungan baru kerana lari dari ancaman musuh. Tambah bilangan penduduk kampung, bercucuk tanam dan menghias landskap kampung supaya cantik. Menyeronokkan!

Aku tengah berkira-kira nak mengubah kawasan tanaman tu, sebab macam dekat sangat dengan kawasan perumahan orang kampung. Nanti orang kampung komplen pulak =P

Ini hasil pengaruh Kak KS jugak setelah main Plants vs Zombies kat Parlimen hari tu ha ha.



Permainan 2: Trade Nations
Lebih kurang macam Smurfs jugak. Hias landskap, bina bangunan, besarkan populasi penduduk kampung dan kerah mereka bekerja untuk dapatkan sumber makanan dan bahan mentah.

Yang ni pun aku nak ubah kedudukan jugak sebab bila aku letak pagar-pagar untuk rumah murah (aku pangil rumah murah sebab kecik ha ha) tu makan banyak space. Kena alih pagar-pagar kayu tu ke tempat lain.

Yang rumah warna merah tu pulak aku panggil rumah sederhana mewah sebab besar sikit. Lepas tu nanti aku nak letak hiasan pokok dan bunga-bungaan banyak sikit biar nampak macam kawasan perumahan mahal. Wakakak ...

Kat dalam kampung tu penduduknya kerja as quarrymen, wood cutter and farmer. Hasil bahan mentah tu akan digunakan untuk buat rumah, buat perabot, buat roti dan macam-macam lagilah.

Aku terasa-rasa macam jadi ketua kampung main benda ni. Kah kah kah.

Serius aku kata, melayan dua permainan ni buat aku leka. Sejak main benda ni, kebosanan dah dapat dikurangkan. Kalau korang tak percaya, cer try cer try ...


P/S: Permainan ni tak free -___-"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...