19 Apr 2011

Day 14: A TV show that you're currently addicted to

1. Desperate Housewives
Aku suka twist dalam siri ni. Ada je benda berlaku kat depa. Penghujung setiap episod mesti buat kau rasa nak tengok episod yang seterusnya.

Aku men-torrent siri ni since season ke-5 sampailah sekarang dah season ke-7. Laptop aku pun dah berat macam batu, nak loading sikit punya lama pffttt. Nak beli external hard disk asyik la tertangguh.




2. Maharaja Lawak


Aku bitter sebenarnya sebab Astro alihkan rancangan ni masuk ke dalam Warna. Subscribe Astro dah kena bayar, ni nak tengok specific rancangan pun nak kena bayar lagi. Like WTF? Gi mampos la kau aku nak langgan banyak-banyak pakej. Mengkayakan company kau tapi rancangan tetaplah bosan, dok ulang benda yang sama. Kat Malaysia ni pakkal lah kau aje stesen kable tv berbayar. Kalau ada yang lain, dah lama aku tukar tau tak?

Nampak tidak betapa tak bagusnya monopoli? (Ehhh ... dah terbabas)



Para peserta Maharaja Lawak yang pada aku best;









Jambu? Sorry lah tak minat. Walaupun para juri kata excellent pada aku dorang biasa-biasa je. First and second week tu macam OK lagi, bila tiba minggu muzikal hampeh. Serius tak best. Tak caya korang tengoklah.

IMHO, advantage paling besar ada pada Jozan. Sebab? Depa berdua ni memang dah ada peminat sendiri. Combine pulak 2-2 peminat, makinlah ramai ye tak? Buktinya, Zizan menang Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Paling Popular dalam ABPBH yang lepas. Patutlah undian depa tinggi tiap-tiap minggu, kan?

Cakap pasal Maharaja Lawak, buat aku nak bukak youtube lagi. Entah dah berapa kali aku khatamkan lawak dorang ni. Paling banyak kali aku layan muzikal Sepah.


Matilah nak oi kalau macam ini.
Kenapa abang? Kenapa abang?
Kau diam Pe'ah.

Matilah nak oi kalau macam ini.
Bersabar abang.
Kau diam Pe'ah. Kau diam Pe'ah


(nyanyi ikut melodi lagu Hotel California)

Adoi la! Senak perut gelak melampau.


P/S:
Best dengar si Shuib nyanyi. Mesti Siti Sarah jadi cikgu vokal dia kat rumah =P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...