21 Apr 2011

Day 16: Short term goals for this month and why

Nak settle-kan visa. Ya visa belum settle sebab tak tahu status ticket dah dibeli ke belum. Kesian adik aku tertunggu-tunggu perkhabaran dari tanah air.

Nak re-apply cuti. Aku dah lama tak cuti dowh sebab simpan cuti untuk pergi sana. Sejak bulan 2 tiada cuti walau sehari pun. MC tak kira la kan? Tu cuti sakit bukan cuti saja-saja.

Nak simpan duit secara lebih. Dapat gaji minggu depan terus nak alihkan duit yang sepatutnya ke dalam bank yang dibekukan pengeluarannya.

So far itu jelah yang terpenting. Yang tak berapa penting, aku nak cari jawapan kenapa aku payah nak bangun pagi sekarang ni. Haihhh. I mean liat nak bangun walaupun dah pukul 6:30 pagi. Masih layu dan terkulat-kulat nak tinggalkan katil. Kalau bangun pukul 8:00 pagi baru aku segar dan tak mengantuk.

Waktu tidur purata jam 12:00 tengah malam. Adakah aku patut tidur jam 10:00 malam untuk senang bangun dan tidak mengantuk pada waktu pagi?




Blog post ini dibawakan oleh BlogPress untuk iPhone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...