12 Apr 2011

Day 9: A photo of item you last purchased



Mineral water tu aku beli untuk diminum dalam office. Aku perasan, makin banyak aku minum air water cooler, makin teruk batuk aku. Aku suspect water cooler kat luar tu tak bersih lah. Dah lama tak service, kau bayangkan apa ada dalam air dia tu? Errkk =S

Dah dekat 2 minggu aku batuk-batuk. Kalau batuk berkahak tu cepat je baik, ini tidak. Batuk kokol. Meneran untuk batuk tu sampai sakit dada dibuatnya. Tak pernah batuk lama macam ni, dugaan sungguh.

Dah 2 botol jenis ubat batuk aku telan, nan hado jugak baik. Sebotol Bena Expectorant dan ubat batuk Gamat jenama Hurix's dah aku habiskan. Sekarang try ubat batuk Cap Ibu dan Anak pulak.

Tapi ikut petua orang dulu-dulu, minum air madu campur limau nipis berkesan untuk hilangkan batuk. Korang pernah try? Dua hari lepas aku buat air madu perah dengan lemon. Minum baru sekali, mana nak ada kesan ye tak? Balik kang nak cari limau nipis. Dah tak tahan sangat tidur terganggu dek batuk. Tak boleh nak lena langsung. Dada pulak rasa sesak je. Pagi masuk office dah macam zombie Kampung Pisang sebab tak cukup tidur T___T.

Korang pernah dengar petua hilangkan batuk; minum kicap dengan perahan limau? Aku tak tertelan la kalau minum kicap macam tu je. Biasa kicap tuang atas nasik, barulah sedap. Ke ada petua lain?


Yang benar,
Penagih tegar yang tak lut dengan ubat batuk biasa

5 comments:

Puan Saira Azura said...

klu aku batuk mmg makan tu jer..alhamdulillah..madu n perahan limau..xde limau nipis limau kasturi pon xpe.

Mamarempit said...

ramai yg elegik ngn water cooler kan......ntah2 air paip biasa je kut..eiii

Miss Dia said...

oh...sy pernah cuba lemon+madu....tp suam2...selawat dan minum...

smoga anda cepat sembuh... =)

cuppies4you said...

zura,
Alhamdulillah batuk aku dah kurang, lepas minum air maldu + limau tu mmg batuk jd teruk eh? then baru OK


mama rempit,
penapis kalau tak service kuality air dia lagi teruk dr air paip kak. yelah, dah la tak dijerang kan -__-"


miss dia,
thank you for the wish babe :)

emaduel said...

betul.skang kualiti air tak menjamin kesihatan
da la batuk yang bukan berkahak.batuk yang kering tu
bila batuk..aduhh hanya Allah je tau perit dada cane

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...