11 Apr 2011

Harga sebuah keegoan dan Maharaja Lawak di Astro Warna

Mulai Jumaat ni, kalau nak tengok Maharaja Lawak (ML), kena langgan As.tro Warna. Kepada yang dah melanggan tu takde masalah. Yang belum langgan? Perlu langgan ke semata-mata nak tengok Maharaja Lawak?

Kamu sudah?

Aku?

Thank's but NO. Time pelawak ni nak dijadikan raja, kau letak kat saluran free. Bila nak diangkat menjadi maharaja, kami kena bayar? Pffttt. Tanpa penonton di saluran free, tak ke manalah show tu. Agak emosi statement aku ni, tapi itulah hakikatnya. Yerr aku tau aku tak sepatutnya emosi sebab ni strategi As.tro untuk kaut keuntungan bila ramai yang akan langgan pakej Mus.tika lepas ni. Tapi aku tak koserrr lah. Tapi aku tetap nak emo sebab aku menyampah kat As.tro =P

Korang tak rasa macam "Eh siot betul Esteruk ni, mentang-mentang dorang (peserta) dah femes nak tengok kena bayar".

EGO AKU LEBIH TINGGI DARIPADA NAK MENURUT KEHENDAK MEREKA.

So what kalau aku tak langgan? Tak dapat bergelak ketawa tengok aksi-aksi para pelawak tu secara live? Mungkin akan tertinggal keretapi bila kawan-kawan di twitter akan tweet pasal ML. Aku tak kisah :D. Esoknya tengok kat u-tube sudah. Confirm dah ada!

Tengok siaran ulangan ML sama macam tengok siaran ulangan bola sepak, kamu tahu? Walaupun dah (mungkin) tau siapa yang tersingkir, tapi excitement-nya tetap sama macam tengok live. Macam bola sepak, kau dah tahu final score game tu tapi tak tahu macam mana score dibuat. Bola tanduk ke, bola chest ke, bola lipat ke, etc ... walaupun siaran tertunda, tetap mahu tengok. Nampak tidak persamaan di situ?

Lagipun, bukannya semua peserta dapat melawak dengan bagus. Bagus pada aku bermaksud yang boleh buat aku ketawa. Adanya Amir di kalangan mereka yang bakal dinobatkan sebagai maharaja menambah tak berbaloi kalau aku melanggan. Lawak dia buat aku rasa nak bagi penampar.

Ego aku lebih tinggi daripada Pakej Warna yang berharga RM19.90 setiap bulan. Kamu bagaimana?


P/S: Besides that, hail to mereka yang rajin meng-upload video-video yang berkenaan kat u-tube :D

P/S/S: Aku cuma penonton, bukan pengundi.

7 comments:

Zety Zin said...

sama lah! koser nak langgan semata-mata nak tengok maharaja lawak tu. pakej yang ada sekarang ni pun kadang tu tak tertengok pun. huhu.

Dr.Senbe said...

bdk2 laki sini rajin download cerita tu. kadang2 (weekend lps mkn2 satu batch =p) ktrg tgk ah.. part yg x best fast forward haha
lagi, cte hantu k.limah soley2 tu pun fames smpai sini gak haha rajin kn keep up dgn trend kat mesia =p

aNiS tHe BumbleBee said...

mmg hail pada si tukang peng-upload.astro mcm melampau giler ah skang ni..byk ar dgr bunyik2 org kt msia nun biseng..

reena said...

Warna tak Warna, ada aku kesah? > Statement orang tak dak tv, apatah lagi Astro. Wakaka.

cikmunchan said...

nak seribu kali like this entry!!!

cc said...

zety zin,
nanti rancangan ulang2, byr mahal tp service nan hado


dr.senbe,
bagus! kejituan sbg rakyat malaysia. filem kita wajah kita. haha


anis,
dorang eksyen sbb 1-1 nya cable tv kat malaysia. cer ada persaigan?


reena,
tak rugi pun xde astro babe ;p


cikmunchan,
takde button like la pulak kan? hehe

ella said...

2 minggu tayang kat prima pon gua miss, apekejadahnye nak subscribe astro warna? kesian astro kesian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...