1 Apr 2011

Help! Nak mintak pendapat

Aku kan buat give away (GA) kat blog kapkek tuh. Alhamdulillah ramai yang sudi join. Tak sangka dapat 40 penyertaan. Aku target dalam 15-20 orang je. Rupanya 2 kali ganda exceed my expectation.

Masalah aku sekarang ialah, half of the contestants tak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
  1. Tak copy & paste entry GA tu.
  2. Tak jadikan entry GA kat blog dorang tu sebagai sticky post sampai tarih tutup dan entry tu dah jauh kat bawah or page belakang.
  3. Tak jadikan entry GA blog dorang tu sebagai sticky post tapi entry tu top entry. Maksudnya yang paling 'atas' sekali kat blog dorang bila aku check selepas tarikh tutup.
So, aku nak mintak pendapat korang, kesalahan-kesalahan ni nak diambil kira ke tak? Nak disqualified ke nak tutup mata buat dang je? Sebab aku rasa macam kurang adil kepada dorang yang mematuhi 100% syarat yang telah ditetapkan.

Korang ada idea tak?

10 comments:

reena said...

Bagi i, disqualified je. Baru adil bagi mereka yang ikut peraturan.

Puan Saira Azura said...

ermmmmm..bg pd yg ikut syarat..(tp aku tak tau camner nk buat sticky post)..xdpt mean xde rezeki

whiteapple said...

penyertaan yang lengkap je ambik kira. baru fair...supaya next time lebih serious nak join sebarang entry...
(i x join sebab syarat kalau menang kena pickup sendiri kek tu....jauh)

hehe, GOOD LUCK ^_^

mrs.ecam said...

aku tau ko msti nk bg sume fair n lovely kn...mslh derang kdng derang x tau camne nk wat sticky post tu..tp xpela ko amik mne yg ikot syarat ko jela...xdekla ko pening2 nk pilih pemenang kn...heeee

C!kpuanmuda® said...

disqualified!

Aida Narina said...

to be fair to others yang betul2 ikut rules, i suggest you disqualify those who don't do the right thing :) kalau pening2, 'hadiah' kan je kat i :D heheee..

waNny said...

disqualify those yg x ikut syarat. thats the only way :D

Mamarempit said...

itu tandanya tak ikut syarat peraduan.....tidak adil pada yg ikut syarat.....

biarlah adil dan saksama.....

azzamoro said...

yerp.. disqualified je. kalau u rajin, pi komen kat entry dorang / emel suruh betulkan in order nak penuhi syarat.

lagipun, kalau dah tolak merek2 yg disqualified, senang nak pilih pemenang. sebab siskit. :p

cc said...

reena,
ya keadilan itu penting :D


zura,
aku dah timbang tara and dah explain pun hehe


whiteapple,
you duduk mana babe?


mrs.ecam,
mesti la kena fair n square sbb nanti ada yg tak puas hati plak. niat nak seronok2 jd tak seronok plak kang. kan?


CPM,
amboi garangnya ;p


aida,
hehe awat u tak nak join, tak sudi ke? :(
BTW, i disqualified yg tak ikut syarat secara kronik haha


wanny,
ai ai chieffff ;p


mamarempit,
ya memang ada yg join for the sake of join je without baca T&C


azzamoro,
dah pergi blog sorang2, gigih bagi komen soh betulkan. tp ado yang buat dang maka ... disqualified la jawabnya =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...