27 Apr 2011

Jangan tiru aksi ini kerana agak keji

Ko pernah tak jumpa orang spesies:

1. "Eiii gemuknya akuuuuu"
... padahal nak mintak pujian yang sebenarnya dia kurus.

Pernah buat? Jangan tipu diri sendiri.

2. "Mesti hodoh kan kalau aku pakai tudung style macam Hana Tajima tu?"
... padahal nak orang puji dia sesuai dan lawa kalau berfesyen gitu.

Pernah buat? Jangan tipu diri sendiri.

Paling kronik,

3. "Aku tau aku buat perangai keji buy and blog tsskk tsskk"
... memang keji tapi dia sengaja letak disclaimer begitu siap-siap so that orang (mungkin) takkan mengata dia beli dan tayang.

Pernah buat? Jangan tipu diri sendiri.

Tolong hentikan perangai keji gitu, boleh?!!

Kalau,
Kau nak tayang kau punya suka.
Kalau,
Kau tak nak tayang pun kau punya suka.

Lagi satu, kalau orang lain tayang kau diam la tak perlu nak perli pasal buy and blog. Kau tak suka tak bermakna orang lain pun macam kau jugak. Paham? (yang ni cakap kat diri sendiri)

Kau tak suka lepas tu perli-perli orang. Tambah pelik kau dah perli baik punya kau pulak yang buat. Spesies manusia apa kau ni? Pelik benar.


Blog post ini dibawakan oleh BlogPress untuk iPhone

1 comment:

Dr.Senbe said...

haha masalah kan guna reverse-psychology nk mntk org puji =P
cuba puji je diri sendiri..kan senang
cth:
tgk cermin, then "hari ni aku nmpk kurang buncit".
pakai tudung hana tajima, tgk cermin, then keluar jalan2, org pandang2, "i know i look awesome kann".
buy and blog, tulis ayat "AKU MEMANG SENGAJA MENUNJUK KAHKAH"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...