29 Apr 2011

Lain kedai, lain rupa dan rasa nasi ayamnya

Hari ini hari minggu. Kebiasaannya, Mak Limah tidak memasak ketika hari minggu kerana suaminya Pak Jabit akan membawa dia dan anak-anak ke kedai makan. Mak Limah paling suka hari minggu!

Seperti kebiasaan, Pak Jabit akan bertanya kepada ahli keluarganya "Limah, Usin, Abi ... Nin, kita nak makan kat mana hari ni?"

Lantas Mak Limah memberi jawapan "Limah tak kisah bang, biar anak-anak yang tentukan nak makan kat mana." Memang itulah jawapan standard beliau setiap kali Pak Jabit bertanyakan soalan makan di mana?

Ketiga-tiga anak Pak Jabit pun memberikan pendapat masing-masing. "Saya nak makan di My Mom Chicken Rice, pak." Kata Usin selaku anak sulung.

"Tak mahu la makan kat situ, lebih baik makan kat Chicken Rice Shop. Sambal nasi ayam kat My Mom Chicken Rice kurang umpphhh" bidas Abi.

"Nin nak makan nasi ayam kat Seksyen 2, pak. Kat situ nasi ayamnya sedap dan portion besar. Murah pulak tu." Ujar Nin pula.

Ahh sudah. Anak-anak aku ni kalau disuruh buat pilihan, masing-masing nak ikut tekak sendiri. Kata Pak Jabit dalam hati. Masing-masing ada kemahuan sendiri. Pak Jabit runsing, dia tahu setiap kedai yang disebutkan oleh anak-anaknya sebentar tadi ada pro dan kontra nya.

Kedai yang pertama, tempat makannya selesa. Ada air cond, service cepat. Kedai makan selebriti lah katakan. Tapi untuk sepinggan nasi ayam, harganya agak kurang munasabah. Pak Jabit juga kurang gemar sambal di kedai yang pertama ini kerana rasa cukanya lebih. Masam.

Kedai yang kedua, tempat makannya juga selesa. Tapi hanya ada di dalam shopping complex. Shopping complex perlu dielakkan. Bahaya. Mak Limah bukannya boleh ke shopping complex, baik-baik niat mahu makan sahaja, terbawak-bawak kepada membeli-belah pula nanti. Ahh tak boleh jadi. Bulan ni aku kena save up lebih, sikit lagi tabung Motor Virago aku nak penuh. Kata hati Pak Jabit lagi.

Kedai makan yang ketiga, nasi ayamnya memang cukup rasa. Daripada rasa nasinya, ayamnya, sambalnya serta supnya. Semua OK ditekak Pak Jabit. Biarlah presentation nasi ayam di kedai itu kurang menarik, tapi rasanya memenuhi selera beliau. Cuma yang tak berkenan di hati Pak Jabit ialah, kedai makan itu kurang bersih. Kadang-kadang nampak tikus melintas di longkang.

Alangkah best nya kalau nasi ayam kedai nombor 3 ialah sajian di kedai nombor 1. Tapi Pak Jabit sedar, mana mungkin dia boleh buat begitu. Setiap kedai ada baik dan buruknya.

Lalu Pak Jabit pun buat keputusan, "Anak-anakku, kali ini biar bapak bawa kamu ke sebuah kedai nasi ayam yang lain. Bapak lebih tahu berbanding kamu semua. Sekarang pergi bersiap cepat, bapak dah lapar," arah Pak Jabit kepada anak-anaknya sambil matanya menjeling Mak Limah yang sedang berjalan menuju ke bilik untuk bersiap.

Aku lebih tahu apa yang terbaik untuk keluargaku. Pak Jabit senyum.

4 comments:

Dr.Senbe said...

ni karangan ape ni haha

cc said...

aku ada bakat nak jadi penulis skrip x? mana tau 1 hari nanti blh jd mcm Mamat Khalid kah kah

Piza said...

cc, nanti cite pulak pasal kedai nasik campur hujung yg sedap kat kafe bawah tu. Ala yang ramai orang beratur tu.Rindu la lauk dia~

aNiS tHe BumbleBee said...

nasik ayam seksyen 11 shah alam sedap jugak.eh,dah dapat idea dah nk masa ape lunch rini.woaahhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...