11 Apr 2011

Makian Monday

[Entry emosi di pagi hari, tak baca pun tak rugi]

Aku bertemu dengan 2 kaum Kelly bodoh nak mampos sepanjang nak ke office tadi. Yang pertama kat simpang keluar rumah. Dia honk aku dua kali sebab aku bagi jalan untuk orang u-turn. Dua kereta je pun yang aku bagi lepas. Jalan kat u-turn tu jem gila, aku baik hati aku bagilah kereta depan tu jalan dulu (baik la pulak hari ni ha ha).

Lepas tu aku sengaja bawak SLOW NM kasi dia panas hati pulak sebab dia kat belakang aku. Habis aku kena honk pagi-pagi, ingat tak panas hati? Dari cermin, aku nampak dia dok angkat-angkat tangan macam tak puas hati la apasal aku drive lembap gilos. Nasib kaulah siapa suruh honk aku tadi kannn? (Lagipun kalau aku laju sekalipun bukannya bawak perubahan pun, sebab kereta yang Q nak ke main road banyak).

Kelly bangang ke-2 aku jumpa masa nak keluar round about kat jalan bawah office ni. Round about bawah ni memang busy especially yang daripada Bangsar nak ke pusat bandar. Aku dah bagi signal siap-siap, kereta first lane pun dah stop ehhhh si Kelly ni takkkkk! Dia boleh jalan je buat bodoh. Aku pandang je muka dia tadi. MENYESAL aku tak bagi honk panjang tadi!

Hari ni aku takde mood nak tekan honk, apesal entah.

Both driver LELAKI. Cibs la, pagi-pagi dah bikin hati gua panas. Aku doakan semoga accident la kat mana-mana mala'on 2 ekor ni. Dasar bongok yang sekor tak reti sabar, yang sekor lagi tak tahu peraturan jalan. Tak baik doakan kecelakaan orang tapi 2 ekor ni memang dah celaka, sesuai la kalau ditimpa ...

3 comments:

Jua Zulkef said...

aku x boleh dgr bab2 kelly. emosi tak stabil lagi =p

cc said...

kak jua,
menyakitkan hati kan dorang ni? (walaupun tak semua)

ella said...

*like*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...