29 Apr 2011

Makna di sebalik cerita nasi ayam dalam keluarga Pak Jabit

Aku tulis ni sebab ada yang bertanya. Lambat pick up jalan cerita kaedahnya. Ke aku punya cerita memang takde motif yang boleh dihubung-kaitkan? Kah kahhh.So, ini sekali harung aku jawab (u/p kepada sesiapa yang bertanya). Koserrr la aku nak jawab banyak-banyak kali. Letih. Sentap pulak tu everytime ingat!

Gini,

Nasi ayam kan banyak jenis. Ada Hainan style. Ada Singapore style. Ada nasi ayam biasa. Ada nasi ayam madu. Macam-macam kan? Banyak rasa dan sudah tentu rupanya lain-lain. Betul tidak? Korang rasa adakah penggunaan ayam yang salah maka menjadikan rupa ayam (mahupun nasi ayam) kat kedai A tidak sama dengan kedai B. Masih tak paham?

Aku explain lagi.

(Bayangkan situasi ini)

Owner kedai A dan owner kedai B beli ayam yang sama dari pasar. Mari namakan ayam tu ayam chap Bintang. Faham? Jadi, ayam untuk nasi ayam yang digunakan oleh kedai A dan kedai B adalah sama. Kedua-duanya menggunakan ayam chap Bintang.

Konflik mula terjadi bilamana ayam goreng (lauk nasi ayam) yang dihidangkan di kedai A tidak sama rasanya dengan ayam goreng di kedai B, walaupun menggunakan ayam yang sama.

Jadi, adakah ayam itu yang perlu disalahkan?

Korang rasa kenapa rasa ayam goreng (kat sini anggap je lauk nasi ayam tu ayam goreng OK? Jangan gedik tanya kenapa takde roasted ke honey roasted mahupun black pepper chicken. Aku sepak kang :p) kat kedai A dengan kedai B tak sama?

Jawapan betul tiada hadiah. Apatah lagi yang salah ha ha. Sila jawab kalau korang bijak bistari!


P/S: Aku cabar ni ;)

2 comments:

nqr (qistina) said...

penggunaan rempah2??? hehehe.. mak aku salu cakap.. lauk dia lebih sedap sebab dia masak penuh kasih sayang.lauk aku tak sedap sbb aku masak malas malas.

cc said...

yesza aku anggap jawapan ko tu btol..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...