14 Apr 2011

... of Skin Care (The Skin Food) - Kembali ke Pangkal Jalan

Korang pernah dengar pepatah "Curang membawa padah?". Tak pernah? First time dengar? YA, ini pepatah aku cipta sendiri sebab disebabkan kegedikkan diri, maka wajah menjadi mangsa. Apa yang kau merepek ni syaiton?

Dekat-dekat penghujung tahun lepas, aku gatal tangan beli facial foam and moisturizer dari MAC - 'Lightful' range. Before that aku ada beli night cream dengan serum dia. Rujuk entry ini. Korang tau apa yang terjadi? Aku tak sesuai pakai facial foam MAC! Rosak muka okeh, jerawat keluar, even tak period pun keluar pffttt.

:: facial foam durjana yang tak sesuai di muka ku ::

Aku pakai jelah sampai habis. Pasrah kaedahnya sebab tak nak membazir. Time tu kulit memang nampak beza la. Kusam and pimples senang keluar. Arghhhhh ... tensi guwa!

Lepas tu aku kembali ke pangkal jalan. Pulang ke pangkuan Skin Food :')


Cuma this time, aku tak repeat purchase Tea Tree Bubble Foam. Aku beli Black Sugar Scrub Foam. Bila dengan scrub ni aku ngeri sikit sebab mana elok scrub muka tiap-tiap hari kan? So aku tanya SA Skin Food tu; "Tak apa ke scrub muka everyday?", dia jawab; "Scrub foam ini memang for daily usage. Tak 'kuat' macam scrub yang you guna 3 hari sekali."

Review?

BEST! Sejak pakai dah almost a month ni, takde pimple langsung naik kat muka, even time Cik P datang. Alhamdulillah. Walaupun scrub foam tapi after pakai muka tak rasa ketat dan tegang. Aku pakai pencuci muka MAC tu muka jadi ketat and kering. That's why pimple senang keluar kot?



Untuk toner, serum and, day and night cream aku guna Skin Food Tomato Whitening. Tak cukup putih kaedahnya. Kah kah kah. Takdelah, aku guna range ni sebab aku punya tone kulit tak sekata. T-zone (oily) tu selalu nampak gelap sikit.


Ada antara korang (pembaca) yang guna MAC lightful tak? Aku nak bagi night cream dia ni sebab aku dah tak pakai. Isi dalam ada half lagi rasanya. Aku nak bagi free je. Siapa nak sila emel ok? Bagi alamat dengan mobile's number sekali. Nanti aku pos.


P/S: Lesson learnt - JANGAN CURANG =P

6 comments:

Hana said...

nakkkk.. naaaakkkk.. naaaaaaaakkkk... :P

reena said...

Alamak, i pernah 'curang'. Takut! Tapi so far ok je :p

Joy said...

rs mcm nk 'curang' ke skin food lak...hehhehe ;)

lailasani said...

aihh... ni yg mcm nk tukar ke skin food semua benda nih.... sabarrrr..... tunggu clinique abissss... hohohoho..
ahkak problem jeragattoo... huhuhuuhuh.. ade ape2 suggestion brand skin food?
(hahahahha... mcm anda promoter skin food le pulok...)

nqr (qistina) said...

aku tengah cari produk muka ni... sebenarnya produk muka ni kita beli ekot kulit ke ekot cuaca yg kita duduk ek?

cc said...

hana,
serius ke nak?


reena,
jumpa si dia yg lebih baik xpe la, klo kes ini ni? worst haha


joy,
y not u try sample dulu? blh test try kot2 sesuai hehe


lailasani,
kat skin food ada range from 'omija' fruit, yg tu plg sesuai utk jeragat (according to SF SA). boleh la akak cer try. tp range tu mahal :p


qistina,
aku rasa 2-2 sama penting. mcm ko kat poland cuaca sejuk (aircond lagi), tp dlm rumah panas kn? (sbb heater). aku dulu kulit jadi teruk gila bila dok tmpt sejuk, kering n jerawat keluar dgn suburnya. kena try product yg melembapkan kulit la kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...