4 Apr 2011

Perbezaan di antara Siti dan Irma, Nabil dan Shaheizy Sam

Korang tengok ABPBH 2010 malam tadi? Best jugak la kan kalau nak banding dengan last year.

Entry ni bukan nak review pasal majlis yang berlangsung malam tadi, tak koser la aku nak cerita. Kasi la kepada yang pakar dalam bidang ni untuk buat ulasan. Blog ini bukan blog hiburan (mahupun ilmiah) =P

Pandai production crew gunakan Usop untuk climax majlis malam tadi! Siapa sangka dia yang akan diberi penghormatan untuk umumkan pemenang, kan? Biasa host yang akan baca.

Anyway, bercakap mengenai host aku rasa Zizan perlu lebih natural. Too much recycle comedies taken from Raja Lawak. Bro, bukan semua orang follow Raja Lawak, so kalau lu buat inside joke ada yang akan tak faham. You get what I mean?

Lagi satu yang aku cukup tak kenan, time nak umumkan Artis Paling Popular. Kak Engku tu bisinglah! Bingit telinga dengar suara dia je. Production dah jemput Usop dengan Abi Hurairah untuk laksanakan tugas, bagilah jalan untuk dorang ambil alih tugas mengumumkan pemenang (sambil melawak). Kak Engku kan calon, duduk tepi diam-diam macam Zizan tak boleh? Dah la cakap terjerit-jerit. I think audio crew kena slowkan microphone volume untuk Kak Engku lah. Suara Zizan dengan Shira tenggelam. This is why I never watched Ewah-ewah. Too bingit!

On the other hand ...

Mari bergelak ketawa menghilangkan boring Monday blues dengan menonton video di bawah:


"Awok bukan ape tak boleh berdiri lama-lama, bateri charger kaki awok dah tertinggal.
Ni tinggal 1 bar je lagi ni haaaa ..."

"Sape-sape yang setuju supaya awok je yg baca keputusan ni, angkat tangan macam sayeeeee ..."

LOLOLOLLL!

Usop please come again (as Usop in the HKLBR character) next year to ABPBH! :D
.

Ohh merujuk kepada tajuk di atas;

Siti Nurhaliza - pompang kata nak pakai tudung lepas balik haji, sampai sekarang (dah berapa tahun?) masih jugak dengan fesyen rambut tersembul. It's not tudung la Tok Ti. Aku tak surelah how she defined 'tudung'? Pakailah tudung elok-elok macam masa datang final program Adik-adikku hari tu. Cantik. Manis. Menutup aurat.

Irma Hasmie - tup-tup muncul bertudung. Takde pukul canang pun kata nak pakai tudung ke apa. Alhamdulillah dah terbuka hati dia :)

Nabil - peluk GF selepas diumumkan jadi Artis Paling Popular 2 tahun lepas. Kontrolvesi lepas tu! Tak sengaja katanya. Yelah tu ...

Shaheizy Sam - peluk EMAK selepas diumumkan jadi Artis Paling Popular malam tadi. Bukan sahaja tak timbul kontrolvesi, malah yang menonton ni cakap (dalam hati) "Auuwww he's so sweet". <-- at least akulah yang kata sebab aku bias =P

.

Aku minat Sam sejak dia berlakon dalam cerita Pa'e duluuuuuu. Sedih cerita tu, lastnya dia mati lemas :'). He's one of my fav actor since then. Korang minat siapa?


P/S: I love you, Pa'e - even though you annoyed me when you wrote 'hehek' in your tweets =P

13 comments:

Aida Narina said...

haritu i tengok usop berlakon in this one drama yg dia kene bawa watak serious, i terus tergelak sebab teringat dia dalam kak limah :D

Wahida Shukeri said...

aku suka sam.....=)
melompat2 dia menang n yes, he's so wweet kissing his mummy...

cts said...

akak terus tidur lepas anuar zain nyanyi..tk tgk smpai habis.tq for sharing the video.

~ As ~ said...

aku pun bila tgk sam bawa mak dia sambil peluk2 lg...aku pl nak nangis...ahahaha..

KS said...

like! (tentang perbezaaan tu)

ella said...

i never like kak engku. dia tak patut jadi pengacara mahupon penyampai redio in the first place. tak paham kenapa org masih offer dia sampai skang. berdarah telinga dgr suara dia.

baby Aniza said...

Yup, i pun tak suka host yang cakap jerit2 ni..sangat bingit telinga okayy...microfon dah ada buat apa nak terjerit2??!

Another host yg i tak suka sbb suka jerit jugak is AC Mizal..

cc said...

aida,
cite apa u tgk? kat astro ke? i nak tgk gak. usop pny pasal sanggup tgk repeat. hehe


wahida,
amboi ko excited sungguh :p
ada share dgn sam ke? keke


cts,
tak sesia dgr suara petir kak engku sampai habis, ending best =P


KS,
hehe.
eh tulis cmtu tak kena saman kan? :p


ella,
dia spesies suara speaker pecah. suara nyaring n ckp jerit.
tgk la style dia berlakon, sama jugak

cc said...

baby aniza,
mmg style dia ckp gtu kot? or dia tak faham konsep microphone haha

reena said...

Hahaha Ella sampai berdarah telinga. Kak Engku memanglah. Sorry to say, walaupun i dengar Sinar Pagi setiap pagi, bila dia bukak mulut je, hmm..no komenlah.

Next year harap depa panggil Johan & Ucop jadi pengacara (tapi tak 'basi' ke Ucop time tu nanti? Hmm..Kalau jadi pengacara tahun ni kan best sebab watak Ucop masih 'segar'). Or Johan, Zizan & Ucop pun ok. Yang pompuan dua orang tu boleh rest.

Omg babe memang melekat drama Pa'e tu sampai hari ni. I pun minat dia sejak drama tu. Cuma tak minat hardcore la. I respect Sam sebab dia 'naik' slowly. Selalunya orang yang nang naik slowly ni lah yg akan bertahan dlm industri berbanding yg naik cepat sgt (dan yang berbakat yg sebenar-benarnya). Dah terbukti pun.

Liyana said...

Tak tgk sampai habis. Pernah tgk Usop ditemu ramah kat talk show, serius orgnya. Siapa sangka Usop Wilca kerja kat oil & gas company ;)

Finally Sam diiftiraf, dah lama sgt berlakon, sejak zaman budak2 lagi, cuma org lambat nampak bakat dia. maybe sebab muka tak commercial sgt.. ye lah.. dunia hiburan kan..

Joy said...

x tgk abis..tp terkejut kejap tgk Irma..ayu nye dia bertudung ;)

cikeewana said...

yeah..sam pakai bju skolah..cian die..dah la baik...hahaa

*cite zaman hingusan...

suke sam pon sbb cite tu ler derrr..hehe ;)

BW here + follow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...