5 Apr 2011

Percubaan lagi

Fakta: Aku malas ke gym

[ Sebuah pengakuan berani mati ]

Pergi sekali, lepas tu 2-3 minggu tak pergi. Mana nak fit dan memberi apa-apa kesan untuk menurunkan berat badan, kan? Malas tu sebab azam dalam diri tak cukup kental. Kalau betul-betul determine tak wujud perkataan malas tu.

Aku nak lose weight! Nak kelihatan kurus. Orang lain kata aku tak gemuk. Chubby aje. Well, chubby dengan gemuk tu lebih kurang jelah kan?

Penghujung tahun lepas aku dah try diet. No NASIK diet without exercise. Hasil? Turunlah 1-2 kg. Tapi tu pun hasil 3 minggu diet. Kalau banyak tu hasilnya, tak berhasillah namanya. Ye tak? Ha ha.

Awal tahun hari tu try pulak makan macam biasa with exercise. Hasil? Tiada. Sebab? Aku pergi gym 2 kali aje kot. Kah kah kah. Hence the first sentence.


Sekarang ...

Bermula hari ini, aku melancarkan misi (bukan nurse) diet Atkins. Accidentally aku terjumpa blog Dzul ni semalam petang, semasa aktiviti blog walking berlangsung. Korang tengoklah sendiri hasil lumayan diet yang dia buat. I is very the kagum!

Masa aku diet tak makan nasik tu, menu aku macam menu Atkins cuma aku ambil dalam kuantiti yang sikit sangat. Ingat tak boleh makan banyak-banyak =P. So lepas berjaya khatamkan blog dia, barulah aku clear macam mana nak diet dengan betul (Atkins way).


So far takda cabaran sangat sebab aku memang OK aje kalau tak makan nasik. Jadi kucing la aku ratah ikan je. Time ratah ayam, jadi musang pulak. LOL! Tapi Atkins memang kena strict la, sehari max carbs yang boleh diambil cuma 20g sajork. Tapi yang bestnya, calories tak perlu risau. Bak kata Dzul, makanlah sekor ayam sekali hadap kalau mampu. Ha ha ha ...

Minggu depan aku update progress. Hanya dibenarkan timbang sekali je dalam seminggu kaedahnya. Bagus jugak sebenarnya, sebab kalau hari-hari timbang and tak nampak result we tend to demotivate kan? Terus give up tak nak diet. Hopefully, Atkins ni masuk la dengan diri aku.

Aku kena kurus before December weh!


P/S: Siapa nak join diet? Moh kita ;)

4 comments:

reena said...

Anak dara kalau nak diet sebelum sekian2 date ni, mesti tak dak benda lain selain drpd nak kahwin. Muahahaha #LArikkkkkkkkkk P/S: Nak join diet. Tapi blom bersedia. Haha.

Dr.Senbe said...

nk join x mkn nasik bnyk..tp freezer rumah dh kosong xde pape proteinsss mcm mne ni hahaha

~ As ~ said...

aku dah start makan nasi balik since lama dah muat balik..takdelah nak kurus sgt aku ni tp cukuplah sekadar tak gemuk..eheheheheh

I.Q.W.A said...

AWk cube gi baca kelabdietonline.com
dpt motivate kite.. n ade byk tips!
selamat kuruSS!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...