7 Apr 2011

Saya adalah GF yang manes (matik la statement ferahsan)

Selasa lepas kan birthday YB. Disebabkan birthday dia tengah-tengah minggu, jadi tak dapatlah nak membalikkan diri ke Johor untuk bagi diri sendiri sebagai kejutan :p. Jadi apa yang mampu dibuat tatkala berjauhan begini?

TEKNOLOGI!

Thank's to technology yang banyak membantu memudahkan membuat kejutan untuk orang yang tersayang. Oh BTW, pokcik tu ingat aku lupa birthday dia sebab malam tu dia call awal. borak punya borak, nak dekat pukul 12 aku buat-buat ngantuk. Dia bagi ayat "Ala kejap la tinggal 6 minit je lagi ni". Aku pun berpura-pura-an lagi sambil memberi ayat "Ada apa 6 minit lagi?" <-- suara innocent plus blur gila ni. Lakonan tahap boleh menang Anugerah Pelakon Wanita dalam FFM. Ha ha. Ko ado confident gila cam nih?

Maka, pokcik tu pun sedih yang amatlah kerana mempercayai GF dah lupa birthday dia. Siap kata "Kalau guwa tak ingatkan tadi, mesti lu tak ingat birthday gua kan?". Gitewww! Sadis sekali ayat beliau.

Dipendekkan cerita ...

Flash back: 2 minggu sebelum tu aku dah plan nak bagi dia surprise (dari jauh). Gigih cari gambar kek then draw kat paint cake yang macam mana yang aku nak. Mentang-mentang baker jugak, banyak songeh, no? :p

.

Kejutan 1:

Aku order-kan birthday cake from Kak Siti and mintak tolong dia deliver-kan sekali kat office YB. BTW, Kak Siti ni cikgu aku buat cupcake tau. Aku belajar asas deco cupcake daripada dialah. Sesiapa yang kat JB tu kalau nak makan kek, cupcake or cheese tart yang meletop, sila order dengan dia ok? Dijamin puas hati :D


:: gambar sebelum kek sampai office ::

Aku mintak Kak Siti tolong buatkan favorite cake pokcik tu, apa lagi kalau bukan Moist Chocolate Cake. Layered dengan ganache, frosting-nya pulak fresh cream. YB tak suka buttercream. Langsung!

Tulisan tu aku yang mintak macam tu, SENGAJA letak word "yayang" tu. AKU DENGKI. Muahahahahahahhh! ;P

Hajat mahu mendengki tercapai kerana YB jadi bahan kat office disebabkan word itu.Rasain! Kah kah kah *gelak syaiton


:: gambar selepas kek tiba di office ::

Korang nampak word tu dah hancus? Belum sempat bukak kotak officemate dia dah kerumun kat meja. Jadi bila nampak je word tu dia terus ngap-ngap-ngap laju-laju. Tapi sempatlah dibahankan pagi tu. Sesekali dapat dengki, mana boleh lepaskan peluang. Ye tak? Keh keh keh.

Kejutan 2:

Aku mintak tolong Tokey Perfume Rack tolong postkan perfume untuk YB. Perfume ni memang dia nak sangat. In fact, malam birthday tu dia dok sebut lagi, cakap nak pergi beli. Aku pun dengan selantangnya tak bagi, konon sebab mahal beli kat kaunter. Padahal ...

Eh tapi memang betul pun kat kaunter mahal. RM270 ke RM290 kalau tak silap aku. Yang aku beli from Perfume Rack ni half price from that. Ori ke tak? SORRY yeh aku tak beli kalau tak ori *eh tetiba tereksen :P

Sampai tepat hari Selasa. Service terbaiklah! Terus pokcik tu MMS gambar. Jenuhlah aku dengar dia cakap ilebiu hari Selasa lepas. Sepanjang hari koo! Wakakakakakak ...


:: perfume bau agak seksi kata YB. Gedik sangat statement tu :p ::

Kawan-kawan dia kat office cakap; "Best-nya. Dapat kek, dapat hadiah lagi. Jeles seyh"

Korang tau tak? Ayat yang mengundang nada jeles itulah yang priceless. Kah kah kah. Lepas ni sila praktikkan membuat kejutan untuk pasangan anda. Hasilnya adalah lumayan ;P

*hinsss hinsss


P/S: Manes tak saya? *icon love 3 ketol

11 comments:

~ As ~ said...

manesss...ai nak jd bf u blh tak??? ekekeke

knv said...

yer yerrrr hang memang manesssss :D

reena said...

Manis skaliii. Baik2 manis, jangan sampai kena kencing manis :p

Azryn said...

mmg betullah tu, sbb tu dr dulu akak panggil adik manessssssss.....

cc said...

AS,
motip ko nyah? aku straight, tulennnn :p


knv,
ngahahahahahahhh


reena,
i lg manis dari gula (perasan lagik!)
tp manis i ni tak memudaratkan taw :p


azryn,
*kelip-kelip mata dan tersipu-sipu

Puan Saira Azura said...

haha, aku pon penah bg surpise kat en suami.mase tu besday dia gak lah..thn 2009..aku order kat tenet utk delivery bunga, bear kecik n coklat..haha..mase smpi kat opis dia semau org igt tok org pompuan rupanye dia!!..hihi

monstorious wife said...

So sweet!.. ramai yg mintak jd boyfriend angkat sat lagi nih.

Dr.Senbe said...

apsal yah pun x prnh dpt seperaize mcm ni? cehh layanan berbeza nmpkkk

nannoor said...

sungguh manesssss...
bagus awak punye seprais. aku x reti nak buat seprais walaupun teringinnnn sgt nak buat seprais atau disepraiskan. eh tetiba.lol

cc said...

zura,
misti lako ko tersipu2 malu time dapat tu kn? jadi bahan tak? muahahaha

anda pun manes juge!


kak ilot,
kalau den kayo xpe gak la nk bf bnyk (wah ado niat?), surprise setahun sekali mampu la, klo tiap2 bulan? kena gigih amik order tiap2 hari la gamaknya. LOL!


yah,
dulu aku blm kje jd xde duit. bnyk kekangan. nanti ko blk kita buat birthday party nak? g kelab bogel hahahaa


NN,
dok jauh senang sket nak buat surprise kot? kalau dok serumah (read: dah kawen) takut surprise tak menjadi, sebab kantoi dulu b4 tarikh hihi

Perfume Rack said...

nape aku baru perasan entry niiiii... hahahhaha....

manes bak gula lah seprais ko.... <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...