18 Apr 2011

Sehidup semati

Korang ingat tak entry ni?
SIL aku kehilangan bonda tersayang pada hari yang berkenaan.


Sabtu lepas ...

SIL aku dapat call dari kampung, kata ayah dia jatuh motor. Terus kelam kabut dorang kemas baju untuk balik Pahang.

Aku tanya teruk ke? Dia angguk. Teruk mana wallahualam aku tak tahu. Malas la nak tanya lebih-lebih dalam keadaan macam tu. Tak sesuai nak tanya lebih-lebih, kan?


Lewat petangnya ...

SIL aku hantar mesej bagitahu ayah dia dah kembali ke rahmatullah. Innalillah. Agak terkejut sebab aku ingat dia jatuh motor tak serius sangat kecederaannya.

.

Benda ni buat aku terfikir, agaknya arwah tak biasa hidup sendiri tanpa arwah isteri. Mesti rasa sunyi bila isteri dah kat sana. Sehidup semati rupanya jodoh mereka :')

Al-fatihah untuk arwah ...

6 comments:

FAM said...

innalillah. ada sedara jauh akak mcm tu, selang tak berapa lama, the other half meninggal. sad but sweet in a way kan.

fizamior said...

ohhh sedihhhh
Al-fatihah.... ;(

Mamarempit said...

macam arwah atok ngn nenek akak....arwah nenek meninggal di Mekah, 9 hari lps tu...atok pulak pergi...
al-fatihah....

Wahida Shukeri said...

Al-Fatihah....

lalink said...

Al-Fatihah..selalu dengar cite2 cmni..
semoga roh2 nya ditempatkan dikalangan org beriman, insyaAllah..Amin..

reena said...

Hidup semati..Al fatiha buat kedua2 arwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...