8 Apr 2011

Tabung baru

[Hari ini dalam sejarah: Pembukaan tabung baru]


Dari bulan lepas dok niat nak bukak tabung baru tapi asyik tertangguh. Dah plan beberapa kali pun tak jadi jugak nak buat. Dah pernah sampai depan bank, tapi I/C pulak tertinggal. Banyak betul aral melintangnya.

Hari ni tanpa dirancang dan tanpa diniat, tiba-tiba aje buat. Aksi spontan. Bagus la kan aksi spontan menyimpan duit, daripada mengirai duit? =P

Ini kira tabung ke-3. Nama je ada tiga tabung tapi yang satu lagi tu dah berjaman tidak diguna-pakai. Bukak tabung itu pun sebab dulu duit pinjaman masuk kat situ. Lepas habis study, tabung tu terus tak jadi tabung (takda isi ha ha). Jadilah gajah putih sampai sekarang.

Bukak tabung ini dengan niat "Sahaja aku bekukan duit ke dalam tabung ini demi masa hadapan. Amin". ATM card yang ada ditangan buat masa ini, akan diberikan kepada Pokcik Penasihat Kewangan supaya aktiviti pengeluaran duit tidak akan dapat dilakukan. Gitulah lebih kurang.

Korang ada berapa banyak tabung?


P/S: Semoga hajat ini terlaksana. Amin. Doakan ya?

3 comments:

reena said...

Aminnn.

Berapa ntah tabung i. Malas nak kira. Haha.

Dr.Senbe said...

yah ade GIRO(?), maybank, tabung haji, n kat sini ade 1, so 4? =p

cc said...

reena,
banyak la tu siap malas nak kira. lumayannn =P


yah,
eh aku lupa nak masukkan tabung paling besar ASB! so sama 4 jgn nak eksen haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...