26 May 2011

Ada bakat menilik mimpi? (Jika ya, sila teruskan pembacaan)

Kalau ada sudilah kiranya terjemahkan apa maksud mimpi aku ni ...

Aku kena buat site visit ke suatu tempat yang nak diperbaiki (entah camne la boleh pulak masuk pasal kerja), so aku, boss and technical team pun pergilah.

Sekali tu tempat yang kitorang nak pergi tu nunnnnnnnnnnnnn jauhhh di daratan. Sila jangan pelik, sebab dalam mimpi aku ni kitorang macam duduk kat awan (kayangan?). Kerajaan Ayah Pin kot wakakakakaka.

Ok balik kepada mimpi.

Nak turun tu kusss semangat kena turun guna tangga! Aku rasa nak pitam tengok daratan yang bukan main jauh kat bawah tu. Tangga pulak ya rabbi sangatlah daif! Cer bayangkan tangga bodoh-bodoh macam yang selalu dijatuhkan daripada helikopter tu. Kesian tak orang gomen kena pakai tangga macam tu nak pergi melawat tapak. Memang kerajaan Ayah Pin sangatlah kan? Takdok bajet nak menaiktaraf infrastruktur. Kah kahhh.

Sambung lagi ...

So time nak turun tu, adalah 2 orang jejaka (yang aku tak kenal dalam alam realiti) yang sudi menghulurkan bantuan. Syukur :P

Memang gayat habislah time nak turun tu. Kepala aku rasa berpusing everytime tengok dasar. 2 orang jejaka ni pun pegang la tangan aku kiri dan kanan. Kira rasa secure-lah sikit masa nak menuruni anak tangga tu. (Aku rasa macam betul-betul turun beribu anak tangga wehhh. Bila terjaga dari mimpi, aku penat gila)

Ada part bila tangga tu ditiup angin dan terbuai-buai ... rasa macam nak jatuh. Gayat NM!

Cut the long (dream) story short ...

Sampailah aku kat bawah. Daratan tempat landing tu pelantar kecik kat tepi sungai. Adoi la tak tahulah apasal mencabar sangat journey aku nak buat kerja -__-"

Ohh ... masa perjalanan turun tu, 2 orang jejaka yang membantu aku tu cuba mempromosikan diri supaya aku pilih salah sorang daripada mereka sebagai teman hidup. Macam-macamlah ungkapan manis yang depa ucap tapi yang jejaka sebelah kiri lagi banyak cakap. Yang sebelah kanan macam pendiam and pemalu. (Can't remember apa yang dorang cakap tho).

Ampun lerr mimpi aku ni macam Kelly sikit. Boleh pulak dari pasal kerja, masuk personal.

Jejaka sebelah kiri - solo lagi
Jejaka sebelah kanan - sedang dalam proses penceraian (jangan la pulak tanya apsal nak bercerai. Sesungguhnya itu tidak termasuk dalam skop mimpi aku)

Bila sampai bawah, aku pilih jejaka sebelah kanan. Yang buat aku moskilllll sangat sekarang ni; mengapakah aku pilih lelaki yang dah kahwin??? Dah sah-sah yang sebelah kiri tu solo lagi. Walaupun dalam proses penceraian, technically he's a married man. Isn't it?

Ngerisssss uolsss!


Blog post ini dibawakan oleh BlogPress untuk iPhone

1 comment:

reena said...

HAhahahah kerajaan Ayah Pin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...