23 Jun 2011

Aku kisah orang curi gambar aku

Gambar aku. Kalau kau nak guna, AKU TAK KISAH. TAPI kalau kau guna dan buat macam gambar tu kau yang punya, haaaa ... yang tu AKU KISAH!

Nak pakai, pakailah. Just tepek kat blog, tak payah kau terlebih-lebih rajin nak edit gambar tu letak watermark sendiri.

Pembongkaran (perghhh vocab kah kah!) kes mencuri gambar edisi 1:
Gambar yang dicilok adalah daripada entry INI. Gambar tu memang takde watermark aku, sebab aku post entry tu guna blog press. Gambar tu pulak, aku edit guna application instagr.am.


:: SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS ::

Nampak tidak individu yang berkenaan meletakkan watermark beliau pada gambar aku? Lepas tu gambar tersebut dijadikan banner untuk contest beliau pulak. Bukankah sangat tidak takut kepada ke-kantoi-an perbuatan beliau ini?


:: SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS ::

Gambar logo pada t-shirt Nike yang tertulis 'Tanah Tumpahnya Darahku' ini telah diupload dalam blog aku pada tarikh 27 Desember 2010. Sehari selepas aku menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki di Stadium Bukit Jalil. Originally, gambar ni aku upload kat instagr.am (sila klik untuk bahan bukti haha)

Gambar di blog beliau telah dimuat naik pada tarikh 19 Jun 2011 untuk entry INI.

Pada saat ke-kantoi-an berlaku, aku telah mengutuskan sebuah (betul ke saya guna 'sebuah' Cikgu?) komen kepada beliau;


:: SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS ::

Aku ni kalau tengah rajin, aku klik kat ID new follower aku. Nak tengok jugak blog orang yang follow aku ni. Jadi, bila aku klik kat blog Cikgu ni, maka ternampaklah aku akan gambar milik aku yang telah di-watermark-kan dengan URL blog dia.

Kalau Cikgu rasa perbuatan saya memaparkan ke-kantoi-an ini semata-mata memberi kemaluan ehh memalukan Cikgu, bagussssss! Sememangnya Cikgu perlu malu kerana perbuatan mencuri (waima gambar sekalipun) adalah salah.

Ini entry pengajaran kepada semua orang. Jangan mencuri!


P/S: Kepada new followers, terima kasihlah sebab sudi follow blog aku yang entah apa-apa ni.

P/S/S: Aku memang garang macam nih, tapi baik hati haha!

5 comments:

reena said...

Kantoi!

Hish macam2 la. Siap buat contest plak tu.

cc said...

kan?
tak malu sgt siap buat contest guna gambar curik. pftttt

aZr|n said...

terang2 kantoi. buat malu ja.

Sayang.Ibu said...

haihhh... akk marah btol kalo cekgu buat perangai x senonohhhh camni. kamon laaaa cikgu (apakenamadia?)... sila minta maaf kpd tuan punya gambar hokeyyyyy.....

cc said...

azrin,
dia blm sedaq dia kantoi kot heheh


sayang.ibu,
menjatuhkan nama guru2 yg lain kn? apa punya cikgu la ni deyyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...