30 Jun 2011

Cak!

Rindu tuan blog kedaung tak? Tolong jawab rindu bagi menjaga hati. HA HA.

Nasib baiklah aku ikut menepek entry WW kat blog, adalah jugak modal untuk update. Tidak kaluu? Seminggu la blog aku kaku tang tuuuuu ja. Ada smartphone pun tak guna, mula-mula je rajin update guna phone, lepas tu dah malas. Kalau nak bagi alasan; menaip guna touch screen keyboard adalah tak best.

Minggu ni I is ke-busy-an. Serius busy bukan buat-buat busy OK? Weekend lepas, Sabtu pergi rumah abang aku kat KJ, ada majlis aqiqah and belated birthday Kazim. Ahad, pindah rumah. Nasib baiklah rumah baru aku ni atas tanah. Senang nak bawak masuk barang. Cer kalau rumah tinggi? Tak pitamsss dan basah ketiak kau nak angkut barang?

So, sekarang rutin harian lain sikit daripada dulu. Aku bangun pukul 5:45. 6:30 dah keluar daripada rumah, pergi office. Sampai office few minutes before 7:00. Masa kat rumah lama, 6:30 baru terhegeh-hegeh nak bangun. He he. Sejak keluar awal, dapatlah tengok lampu cantik warna-warni kat pokok besar depan Masjid Negara tu. Err, fakta tak penting :P

Adik aku ada kat KL sekarang. Merempat kat rumah aku sampai weekend ni. Aku suka dia ada sebab dia tolong buat laundry. Aku balik kerja, tengok laundry bag dah kosong *joget joget*. Untung ada maid tanpa gaji. Muahahahah. #keji

Rumah sewa sekarang dekat dengan pasar malam. Tiap-tiap hari Selasa dengan Khamis ada pasar. Aku sukaaaaaa wehhh! Senang nak beli barang dapur (dan makanan so balik kerja takyah masak :p).

Overall semua OK kecuali keadaan traffic. Kawasan rumah baru tu memang traffic congested habis. Baik pagi, baik petang. Kereta banyak NM. Tapi standard la, kata bandar. Jem tak hengat barulah Key Ell. Ha ha.


P/S: Aku rasa sebab aku stay KL aku jadi suka lagu Kotarayaku. Kalau tak mesti aku tak layan :P

1 comment:

MamaLeeya said...

waaa....ada maid tk de gaji ek....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...