16 Jun 2011

Hati macam tiada ...

Sendunya aku tengok blog sendiri. Bila buat WW, jarak dengan previous WW secoet je jaraknya. Nampak sangat blog ni dah kurang isi. Sejujurnya, banyak je benda yang aku nak share, tapi aku malas nak menaip entry. Hati macam tiada lagi untuk blogging.

Aku pegang kata-kata seorang teman; "tiada paksaan dalam blogging" maka perasan malas tu terbuai-buai. Makin dibiar makin malas. Normal.

Waktu malam, aku dah tak menghadap laptop langsung. Wifi pulak, tak boleh diharap sangat. Nak menaip guna handphone, asyik typo. Banyak alasan kalau dah malas, kan? :P

Siang kat office, tak dan nak melayan roh blog walaupun waktu siang inilah idea mencurah-curah. Macam-macam nak tulis tapi tak sompek. Sejak-sejak kena main peranan cover tempat jurutera yang masih kosong tu, kerja makin bertambah. Not that I'm complaining, tapi boleh tahan jugak stress nya. Jerawat membiak sakan atas muka, macam tiada hari esok. Macam tiada perasaan belas kasihan terhadap aku. Haihhh.

Cukuplah aku curi masa sekejapan ini. Andai ditakdirkan aku rajin hari ini, maka akan adalah entry seterusnya malam nanti. Ah, macam ada yang kisah.

7 comments:

reena said...

Mek, i kisah okkk.

cc said...

reena,
u sorang je kot yang kesah. hehehehehe :P

Wahida Shukeri said...

haha...ko update gmbr2 ko suka sudah...kira udate la tu..;)

Amy said...

i jugak kesah..

~ As ~ said...

saya pun kesah, aiman yg tak kisah..beb, aku request follow twitter mu..

Puan Saira Azura said...

ko update muke ko yang bertambah jerawat setiap ari..ahha

CikJJ said...

yg penting, berjaya gak hasilkan 2 entry utk ari ni..ekekeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...