9 Jun 2011

The Meat Works, Mont Kiara

Dinner dengan adik aku semalam. Dia belanja (aku mintak ha ha) sebagai upah aku jadi supir. Eh, ko ingat aku nak jadi supir for free? Kirim salam derr :P


:: Hot Chamomile Tea ::

Syiok dihirup ketika suhu rendah macam semalam. Air-cond dan cuaca yang hujan memang sesuai sangatlah minum air ni.

Harga: RM6.80


:: Mine - Sirloin Steak ::

Aku tak habis makan ni. Besar dan tebal. Kekenyangan weh. Plus gedik request medium cook, sekali tu tak lalu nak makan sebab dagingnya masih merah. Nak sangat cuba medium kan? Rasakan! Self note: Lain kali ko amik well done jelah, dah tekak Jawa mana mahu telan benda kurang masak.

Medium cook nya memang dah takde darah, tapi still nampak merah. Tu yang buat aku jadi kurang lalu nak makan. Ha ha. Tapi memang juicy habis la! :P

Review seikhlas hati:
Aku lebih suka steak kat TGI yang aku makan 4 tahun dulu. Gila dah lama! Tapi, terngiang-ngiang lagi keenakan rasanya. Yang kat Meat Works ni kurang berasa, tapi just fine kalau ada yang nak try. Sauteed veggies dia sodap! Kau tengok nampak macam bodoh-bodoh je tapi sedap. Serius.

Harga: RM50


:: Dessert - Creme Brulee ::

Sedap sangat!!! Order satu je, makan berdua. Tak cukup okeh. Sampai keruk tepi-tepi ramekin tu sampai licin. Bahahahaha. Recommended.

Harga: RM12


P/S: Lama gila aku tak buat entry JJCM. Roh blogging aku dah separuh nazak aku rasa. Lama-lama nanti terkubur jugaklah blog ni. We'll see about that. Heh.

1 comment:

swit@kon said...

makanan lain? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...