10 Jun 2011

Sale Assistant sama dengan Jurujual

Penulisan khas buat jurujual di luar sana.

Tak kiralah kau kerja dalam butik Chanel ke, Louis Vuitton ke, Marc Jacobs ke, baik kedai serbaneka Mydin sekalipun; PANGKAT korang sama aje. JURUJUAL.

Jurujual dalam butik Chanel, butik tu bukan kau yang punya.
Segala tok nenek dalam butik tu pun bukan kau yang punya.

Jurujual dalam butik Coach, butik itu bukan kau yang punya.
Segala handbags, kasut, etc. dalam butik tu pun bukan kau yang punya.

Faham tidak?

Jurujual, kau berada dalam butik-butik yang berkenaan disebabkan kerja. Maka, mengapa pelanggan yang masuk kau beri attitude berdasarkan your first impression? Pakai selekeh, kepit handbag tanpa jenama, kau pandang sebelah mata. Mengapa perlu kau JUDGE pelanggan berdasarkan pandangan mata kasar? Pelanggan pakai selekeh, kau tahu ke dia takda duit? Pelanggan pakai smart, kepit handbag berjenama, kau tahu ke dia ada duit? Lainlah kau ada kebolehan telepati macam Prof. Charles Xavier.

Pelik la aku bila jurujual double standard kat pelanggan. Kau tengok dia pakai molek, kau layan baik punya. Kau tengok pelanggan yang masuk macam biasa-biasa, kau pandang sebelah mata je. Ucap "Hi, welcome" pun tidak. Mengapa ya?

Lantak ah orang tu ada duit ke takda duit ke, dah memang kerja kau kena layan kan? Tak kiralah siapa pun asalkan namanya customer. Kan kau dibayar gaji untuk assist customer hence your pangkat namanya SALE ASSISTANT. Tak sedar?

Semalam, adik aku dengan kawan-kawan dia window shopping kat KLCC. Masuk dalam butik Coach, SA tak layan pun. SA tengok "Ahh, budak-budak ni bukan nak beli pun malas la aku nak layan" -- gitulah impression si SA (kot!). Tak perlu kerek la, budak-budak tu kat US tak pandang pun Coach. Takat seketul wristlet, kat sana dorang boleh beli dengan harga RM60 je. Macamlah Coach mahal sangat sampai kau ingat dorang tak mampu nak beli. Kat US, setakat barang Coach, depa beli bundle je tau tak? Kat Malaysia ni kau jadi kerek sebab kau rasa benda tu mahal, orang-orang tertentu je mampu beli. Kau tak tahu kat Malaysia ni TAX mahal?

Paling tak boleh blah bila adik aku cerita dia dengan kawan-kawan dia lalu dalam Parkson sebab nak guna lift. Time tu Parkson dah nak tutup sebab dah pukul 10.
SA Parkson: Tak boleh masuk, dah nak tutup
Kawan adik aku: Kitorang nak pergi lift je, nak keluar.
SA Parkson: Kat situ dah takde orang jaga, kalau amik apa-apa pun bukan ada orang nampak (sambil jerit)
Kawan adik aku: Hello, kalau nak we can afford it!!!

Macam sial tak?

Apa ke bangang Parkson pergi hire orang low IQ macam ni? Takde bagi training on customer service ke? Untung dapat kat kawan-kawan adik aku, dorang nak maki pun teragak-agak. Kalau dapat kat akulah ... aku make sure hari ni kau dah tak kerja kat situ lagi! Spesies bangang macam ni mana layak kerja as front liner. Buat jatuh standard jurujual lain yang kerja betul-betul ikhlas.

Tapi memang jurujual kat Malaysia ni kebanyakannya ada masalah attitude. Time aku kat UK dulu, tak pernah aku jumpa SA kerek. Serious! Kau pakai selebet macam mana pun, asal kau masuk kedai je depa akan greet. Lepas tu, kat sana takde kau jumpa SA mengekor bontot kau. Ikut je mana kau pergi. Kat sini? Banyak kedai yang SA suka mengekor mana kau pergi, kan? Rimas tak?


P/S: Sama macam orang MLM jual korset, waima pangkat besar CDM VCD DVD tetaplah jurujual jugak. Puiii.

12 comments:

reena said...

Wowowowo.

Kalau sampai tahap ingat kita nak curik, memang melampau!

I memang tak kenan SA yang mengekor. Tak selesa!

I tak kisah kalau depa tak greet ke hape, janji jangan ngekor. Dan layan dengan baik bila khidmat diperlukan.

Puan Saira Azura said...

baik masok hari-hari..pakai selekeh ke tak konpem dorang greet..

wawamagic said...
This comment has been removed by the author.
wawamagic said...

ha3 agree. lg skit ati yg pemalas pun ada. mak datin yg memilih 10 jam x siap2 sggup dia tgu instead aku yg mmg dh nk bli & nk tny psl size. diorg kalo ada mslh IQ aku ble terima lg, ni mslh EQ.

swit@kon said...

tadi gua kena dengan cashier toys r us. toys r us ok. oh. mementang aku ni nampak obvious opiser go*men, kau sengaja biar aku tunggu sampai 10 minit. kau layan orang konon2 nampak korporat. dah la tertunggu2, dia tak berbunyi langsung masa entertain aku nak bayar. hanya kerana orang tadi beli 199, aku beli 19.90.

kerja guna otak, bukan guna hati.

sedikit limpahan rasa tak puas hati. itu baru toys r us. chanel ka, apa ka, lagi teruks!

mojaro said...

saya setuju dengan entry ni. SA Malaysia mmg sangat teruk. SA di UK pun boleh layan kita dengan baik.

Lin Ghazale said...

setuju! kalau takat pakai selekeh, mmg toksah harap lah dilayan. lepas tu bile comment kata itu ini, nak hangin plak golongan diorg ni. makan penyepak mau?

Liz said...

setuju!!!kat malaysia mcm haram je SA die. berlagak macam la butik tu kau yang punya. tolak je pintu, die pandang atas bawah.aishhhh..

aNiS tHe BumbleBee said...

hah,betul sgt!

tu pasal aku suke sopeng kt SL ni.aku pakai selipar jamban masuk mall pun,dorang menggelabah greet bagai.pasalnya aku 'masaley'(matsalleh) kt sini.keh3x!

Fathrul Razi Md Nasirudin said...

Salam dan selamat pagi.

Terima kasih Puan kerana berkongsikan informasi menarik mengenai SA ini.Informasi ini sangat berguna untuk saya.

Baru saya tau SA Malaysia macam mana karakteristik dan cara mereka bekerja.Maklumlah saya jarang beli barang di butik.

Salam kenal dari saya.

Amirul Fatos said...

Setuju sgt... saya ade beli wallet coach kat Germany.. SA semua baik2 and spoting.. barang sana murah2 siap boleh refund tax lagi.. tu yg ramai beli kat luar negara.. borong la kate kan
.

Amirul Fatos said...

Setuju sgt... saya ade beli wallet coach kat Germany.. SA semua baik2 and spoting.. barang sana murah2 siap boleh refund tax lagi.. tu yg ramai beli kat luar negara.. borong la kate kan
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...