29 Jul 2011

Bila orang perempuan tengok bola... (Chill la!)

Team Malaysia kalah. Adat bertanding ada menang, ada kalah.

Orang perempuan ni emosi lebih kalau tengok bola, korang setuju tak? Aku tak setuju atas dasar diri aku sendiri sebab aku tak emo :P. Sebab dah biasa tengok kot? He he. Lawak bila team kalah, semua orang nak disalahkan. Yelah, memang bila kalah kita kena cari penyebab kenapa boleh kalah, tapi perlu ke emo-emo sampai nak baling kerusi, lucut jawatan segala? Opppsss!

Aku bagi contoh k, CONTOH. Salah coach ke kalau first line up defender semua injured? Aidil Injured. Idlan Talaha injured. Syafiq red carded. Semua tu salah coach ke? Ke nak salahkan coach sebab tak tukar players? Dah kalau dalam list 24 pemain, ramai yang injured, dah takde pilihan yang boleh dibuat, macam mana nak tukar? Ingat senang-senang boleh panggil player lain yang takde dalam list?

IMHO, so far DKR (coach) punya prestasi sebagai jurulatih sangat cemerlang nak banding dengan jurulatih skuad kebangsaan yang lepas-lepas. Di bawah bimbingan dialah Harimau Malaya dapat melangkah sejauh ini. Cakap dia tak bagus la apa la, well cakap memang senang kan? Setakat cakap je semua orang boleh buat ;)

Game malam tadi masalah masih sama macam kat Singapura. Kelemahan barisan pertahanan sangat mendukacitakan. Lepas tu nak harapkan Safee Sali sorang untuk hasilkan goal, dah gila? Mujur goalie cemerlang gemilang terbilang walaupun heboh pasal skandal :p dapat selamatkan beberapa percubaan bahaya team seberang. Well done Apex!



Nah sedikit lawak jenaka di pagi Jumaat untuk mereka yang butthurt sangat team Malaysia kalah semalam. Chill, OK?


P/S: Entry general takde sindir siapa-siapa. Maaf maaf maaf (gaya Nabil) kalau ada yang terasa

2 comments:

Joy said...

chill...tapi mlm td mmg boleh sakit jantung gue..hehehhe

aznee yunos said...

kan, ada ker nk suh Datuk R dipecat, bodoh sgt saper yg bagi cadangan tuh. hmm~ harap defend kita berubah dan menjadi mantap dimasa mendatang muehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...