19 Jul 2011

Cookies untuk kekasih



Saja buat sebab dah lama tak baking. Gian. Feel baking dengan masak lauk pauk tak sama I tell you. Tahap kepuasan adalah sangat berbeza ;)

Dah alang-alang buat, aku pack sebalang Cheese Button dengan Choc Chips and Nuts Cookies untuk YB masa dia datang weekend lepas. Siap ikan dengan ribbon cantik bagai. Kau hado? Ha ha :p

Choc Chips Cookies tu dah kali ke-4 aku buat. Alhamdulillah masih menjadi. Masih belum hilang skill baking kat tangan aku ni. Nak jugak up diri sendiri? *pang sedas!

Cheese Button pulak first time meng-test. Resepi amik kat blog Kak Rima. Next time buat, aku nak cari cheese yang betul ikut resepi original. Kot lagi sedap, kan? Mana nak tau kalau tak try. Biskut ni ala-ala biskut Suji. Lembut je teksturnya. Jah Mon mesti suka ni! KPI raya tahun ni: buat biskut sendiri. Jimat weh :P (plus kan lebih berkat air tangan sendiri he he).

Ni apa hal belum puasa dah sibuk cakap pasal biskut raya? Kah kah.

Untuk Kak @MarZaHa nanti saya tepek resepi Choc Chips and Nuts Cookies, OK? Hari tu dah janji nak tepek kalau rajin. Semoga mood rajin terus melekat dalam badan sepanjang minggu ini. Amin (sila aminkan jugak). He he.

Sebenarnya aku bagi kat si YB cookies ni untuk dimakan dalam kereta OTW balik ke JB. Biar dia tak ngantuk time drive kaedahnya. Tapi, langsung dia tak bukak dalam kereta. Bawak balik, tunjuk kat emak dia. Bakal mak mertua aku ingat aku meniaga cookies untuk raya. Ahhh sudah ...

P/S: Yang puasa tak penuh tahun lepas, dah habis ganti puasa? :P

5 comments:

CY4.0 said...

alhamdulillah sudah. pulun sebelum P dtg b4 ramadhan. cecepat sket tepek resipi :)

MamaLeeya said...

alhamdulillah....smlm last day ganti..hehehe..

eh..cpt sikit resepi...MIL dh siap nk beli bahan tu ..dia suh akak buat sekut...haiiyakkk.....DIL dia punye la...rajinnn ya amat....

Lin Ghazale said...

blom. 2 hari lagi. *nangis*

cc said...

cik yan,
Alhamdulillah dah hbs bayar. dah boleh raya sblm puasa datang. keke :p

resepi sat sat lagi naa?


mamaleeya,
feeling2 nak dpt title anak hantu kesayangan kaedahnya, harus rajin. kah kah



lin,
sila bertabah! :D

Mar said...

Sedang menghembus angin kerajinan meng up resepi choc chip itu kepada cik cc yg comel, anggun dan manis ini. Hehe. Cukup tak puji pujian itu?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...