19 Jul 2011

Juvana - dah habis



Korang tengok drama Juvana episode finale malam tadi? Aku tengok. Aku tak follow pun cerita ni dari awal (same case macam Harry Potter he he), bila pindah rumah, baru aku layan. Sebab? Housemate aku layan cerita ni, jadi aku tumpanglah sekaki. Bila dah tengok, kena tengok lagi sebab nak tau ending. Tu la satu benda yang aku malas tengok drama bersiri. Hasib baik musim orang demam tengok Nora Elena, aku tak terjebak. Daya ketahanan mental aku kuat untuk tidak menontonya walaupun kat blog, kat FB, kat twitter, etc ... kawan-kawan dok sembang pasal cerita tu. Aku tak minat sangat Pak Haron (Aaron) berlakon, jadi macam kurang sebab nak tonton. Dia jadi Malek dalam KL Gangster pun takde beri kesan pada diri aku. Tak merembes pun tengok dia. Kalau Adi Putra tu lainlah. Dengan 6 packs nya ...

Ehhhhh ... melalut :P


Berbalik kepada tajuk. Juvana banyak pengajaran, bukan? Aku harap karya yang digarap oleh Khabir Bhatia ni akan sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada golongan yang memerlukan kesedaran. Especially kepada remaja. Banyak moral yang cuba disampaikan dalam drama ni.

Tapi realitinya, budak sekolah Juvana jinak macam watak-watak dalam drama ni ke kecuali Botak? Aku rasa tak. Tapi kang kalau buat aksi atau jalan cerita ganas sangat, dah tak dapat label U pulak. Heh. Aku kelakar setiap kali Daim bahasakan diri dia saya-awak-saya-awak. For real, dude? Walaupun dia bukan budak juvana tapi tak perlu kot extreme sampai guna ganti diri 'saya' untuk menampakkan dia tu budak inesen.

Happy ending seperti yang penonton selalu mahukan. Team baik menang kalahkan team warden (abang dagu panjang - Bront Palare) yang jahat. Ending predictable. Aku dah agak Warden Raja tu akan kena tangkap dengan polis yang dia sendiri panggil. Boleh agak sebab watak Cikgu Ariffin dengan Gaban hilang gitu aje. Timbul balik dekat-dekat ending lantas bagitahu dah ceritakan semuanya pada polis. Bukankah mudah diramal? Maka, ramalanku benar belaka :P


Cerita apa pulak nak tengok lepas ni?

4 comments:

cik.dia said...

eh sirius aku tak puas hati dengan ending. sbb cikgu aripin ending nya tidak diketahui...

wahahaha.

i lap beto! :P

aTy _faRed~ said...

berebut ngan asben pasal die nak tengok cerite ni..saye pulak nak tengok cerite korea 8tv.. sudah nyer kongsi2 tengok.. walaupon ikut cerite nih..tapi tetap nak tengok cerite korea tu..huhu.. tak per.. tonton ade...:)

mrs.ecam said...

eh aku polo la cite ni sbb ank2 aku ske tngk...pastu kang derang tnya mama knape die kne lokap...mama knape tu knape ni knpe begitu begini...y...y...y...maka aku kne xplain la pe sbb musabab bdk2 tu msk tmpt tu....huuuuu..so mmg x leh wat ayat gns2 kang bdk tecik cam ank aku ikot..cam cite kl gengster tu ank aku umo 3 taun gado ngan abg die siap ckp....lu pehalll...ouhh...eh sori terpnjg plak komen...hee

cc said...

cik.dia,
last part tu xde cite psl cikgu2 kn? mungkin cikgu ipin dah btemu jodoh baru ahaksss ;p


aty,
dah ada kat tonton. selamat menonton! hehe


mrs.ecam,
weh ko bg anak ko tgk cite 18sg? giler ah.
pengaruh tv mmg kuat la kat budak2, otak dorg mcm sponge cepat serap semua benda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...