21 Jul 2011

Mencari keberkatan dalam sumber rezeki

Berniaga 9/10 daripada sumber rezeki, bukan? Macam aku ni 1/10 je sebab makan gaji. Kalau bukak balik dapur aku tu, InsyaAllah penuhlah sumber rezeki aku :D

Tapi dalam mengejar rezeki, ramai yang tolak tepi isu keberkatan. Merujuk kepada entry aku sebelum ini, apa hukumnya menyembunyikan fakta sebenar berkenaan dengan perniagaan anda? Excuse strategi pemasaran tidak diterima ya. Aku menulis benda ni dari sudut mencari keberkatan.

Strategi pemasaran yang kita guna pakai selama hari ni siapa yang cipta? Philip Kotler penulis buku pemasaran tu apa agamanya? (tapi aku belajar guna buku si Pak Philip tu takde pun dia ajar strategi menipu!)

Barang tak laku tapi kata laku. Laku seunit dikatanya semua stock sold out. Itu kira tipu ke tak? Let's say ada orang terjebak dengan iklan pemasaran tu, dan-dan nak join. Rupanya apa yang diiklankan tu semuanya dusta belaka. Tu tak dikira dah penaya orang ke? Matlamat menghalalkan cara, gitu?

Bangga ke kaya raya dengan hasil yang tak berkat? Bangga tayang kereta mewah? Beg tangan mewah? Baju mahal? Kasut mahal? Walhal kemewahan tu datang dari kesengsaraan orang lain. Tak fikir orang yang dah terjebak tu terpaksa buat loan, business tak jalan tapi loan tetap kena bayar. Takda rasa bersalah langsung ke penaya hidup orang sampai macam tu sekali?

Menipu hukumnya apa? Hasil pendapatan yang diperolehi dari penipuan tu pulak hukumnya macam mana? Itu yang nak diberi kat emak, ayah, anak bini makan? Orang kata, rezeki kalau tak berkat, ada banyak macam mana sekali pun tetap rasa tak cukup.

Tak kiralah meniaga apa pun, jual beli tanah, jual korset, jual penapis air waima jual biskut raya sekalipun, KALAU MENIPU TAK BERKAT REZEKI! Tahuuuuu???



P/S: "Nak cari duit raya lebih? Nak bergaya dengan handbag idaman masa raya nanti?" pttuuuuiiii...!!

7 comments:

reena said...

Nak jawab yang P/S tu.

Handbag raya apa semua tak nak. Nak FPIL mai umah masa raya. Tu ja.

Muahahahaa! ;p

knv said...

masalahnya sis, bila dah start terjebak dapat rezeki dari sumber2 syubhah sampai mampu dapat income 10figs sebulan, maka soal berkat atau tidak tidak timbul lagi.

berkat? so what? rezeki aku tak berkat pun at least aku ada saving 10 juta dalam bank. ngko ado? yang ko sibuk2 rezeki aku berkat ke tidak yang rezeki ngko tu dah berkat habis ke? dok tuang kerja semua tu berkat ke? main fesbuk blogging semua tu berkat ke?

gitu lah kekdahnya.

apa2pun, orang2 yang teraniya itu sgt makbul doanya. sooner or later, yang batil akan tetap terserlah.

orang kata hidup dunia ini hanya sekali. jadi ada setengah orang akan enjoy dunia puas2 tanpa berlandasan dan ada setengah orang pula akan jadikan dunia jambatan akhirat nanti.

:D

FAM said...

well said dik! and well said kak vok jgk.

aTy _faRed~ said...

betul lar... tak gune duit banyak tapi kalau tek berkat.. sebab kalau berkat..yang sikit pon kite rase banyak..tapi kalau tak berkat..duit banyak pon..melimpah ruah..tapi tetap rase macam tak cukup...:)

@nannoor said...

:) bagus dek entry ni.
well said jugak kak vok. semoga ALLAH lindungi kita dari penindasan tak kira lah, samada kita yang ditindas, aatau lebih buruk, kita menindas org lain.

amin.

MamaLeeya said...

biarlah tk hidup tk semewah derang...tk de harta cam derang....asalkan kita dpt hidup dengan sempurna...insyaAllah...

cc said...

reena,
tu perli i ke mmg jujur ckp utk diri sndr? i is lurus bendul hari ni apsal ntah hahahaha


knv,
betul la teori ada kata duit blh membutakan mata dan hati seseorang. semoga tak jadi golongan sebegitu. Amin


FAM,
idop kak non! yeay! hehe


aty,
kannnnn? seolah2 hidup jd hamba duit. kesian


nannoor,
AMINNNN :)


mamaleeya,
btol kak. InsyaAllah, Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...