18 Jul 2011

of Harry Potter



Korang dah tengok? Sejujurnya, aku tak follow HP dari awal. Masa tengok first sequel dulu kat tv, aku terlelap. Boleh? Ha ha.

Yang buat aku excited nak tengok ending dia kali ni gara-gara YB lah. Aku pergi temankan dia tengok yang Part 1 tahun lepas. Dah la tak pernah follow, tengok pun dah hujung mana nak faham kan? Dalam wayang aku sibuk tanya pakcik tu itu-ini-itu-ini. Tapi disebabkan dia penyabar orangnya, maka dia jawab jugak soalan-soalan aku tu tanpa perasaan marah (sebab kacau dia menonton). Aku agak jelah dia tak marah, sebab tengok muka macam tak marah pun. Tak tahulah kot dalam hati dah berapi. Ada aku kesah? :P

Lepas tengok Part 1 tu baru timbul minat nak tahu ending kisah si HP ni. Ohh BTW, aku tak baca novelnya. So memang tak tahu ending apa. Aku download semua filem HP lepas tengok yang Part 1 tu kecuali yang sequel #4. Entah apasal aku cari kat torrent takde plak. Cisss. Baru 2 minggu lepas aku dapat tengok yang #4 tu, sebab housemate aku beli DVD collections HP. Best rupanya yang #4, ada si Edward ehh Robert Pattinson jadi Cedric . Tapi sedih, dia mati T___T.

Aku rerun tengok previous movies, nak bagi dapat mood la kononnya nak tengok yang last ni kan. Ha ha over I know! :P

Semalam tengok dengan YB. Kitorang layan 3D. Best woooooo :D. Punyalah sexcited excited sampaikan tak sentuh popcorn langsung masa tengok. Puas hatilah dengan ending-nya. Sedih time Prof Snape mati. Dia tak jahat pun sebenarnya. Oppsss, sorry terbagi spoiler ;p

Kalau korang tak pernah follow (macam aku), apa kata korang rerun dulu movie dia yang sudah-sudah before tengok yang final ni. Pergilah tengok sebab memang best and berbaloi kalau tengok kat wayang.


Sekian melapor,
Aku yang tak dapat apa-apa komisyen pun sebab promote ;p

3 comments:

reena said...

Haaaaaa baru tau Harry Potter ni best. Hihihi :p

Kalau u follow dari buku sampai movie, lagi syiok.

Miss Aai said...

yeah mmg best tp ending cm xleh blah kn?hihihi

cc said...

reena,
tula selalu ttinggal kapal dgn benda2 best. kesian. blk kg nanti i nak pinjam buku adik i punya. dia ada collection hehe


miss aai,
tp nampak real kan? mmg nampak si harry tu mcm dah berumur sket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...