4 Aug 2011

#40 dan #41

Cerita pasal kelahiran anak buah aku yang ke-40 dalam family. Ya yang ke EMPAT PULUH, anda tak salah baca (dan aku pun takde buat typo :p). Ramai giler anak buah aku? Definitely! :D

Muhammad Sufii namanya. Anak ke-4 kakak aku. Anak dia semua boys, kakak aku the only pwincess in her family :P. Sufii lahir tak cukup bulan sebab kakak aku terpaksa di-operate due to high blood pressure. He was born on the 32th week and weight 1.07kg.


:: muka happy sebab dapat kuis keluar feeding tube dari mulut dia::

Gambar kat atas ni Sufii after few weeks. Dah pindah daripada Hosp. Muar ke Hosp. Segamat. Sebenarnya kalau ikutkan keadaan normal, tak boleh pindah tapi sebab kakak aku special case (dia paed kat Hosp. Segamat) doc kat Muar bagi pelepasan. Kalau tidak, jangan harap hehe.

Time aku melawat Sufii kat hospital hari tu, aku rasa nak nangis. Aku kesian tengok dia halus sangat. Nampak tulang je takde isi badan dia :(. Emosi lebih aku ni ha ha! Time aku datang ni, kitorang panggil-panggil nama dia, dia respond. Kejap-kejap celik mata, pastu kalau hulur jari kat jari dia, nanti dia genggam. Tapi dia memilih okeh! Dia genggam jari mama dia je. Orang lain hulur jari dia buat dek je! -__-"


...and this is Sufii after 9 weeks old :D


:: ^.^ ::

Pipi sudah kembung dan boolat! :D. Kalau kakak aku dukung kat bahu, dia suka bulatkan badan dia (korang boleh bayangkan tak?) jadinya nampak macam bola. Kecikkk je nampak. Dia belum pandai nenen lagi. Minum susu thru botol je selalunya. Kakak aku latih dia direct breastfeed tapi dia tak pandai, end up melalak-lalak sebab dah kehausan.

OK tamat cerita Sufii. Cerita lain pulak.

Sepatutnya tahun ni, aku dapat anak buah 2 orang; Sufii and lagi sorang new addition abang aku. Tapi, dua minggu lepas (kalau tak silap) kakak ipar aku kehilangan baby dia. Baby dia meninggal dalam perut semasa kandungan berusia 8 bulan. Kakak ipar aku cerita, waktu mengandungkan baby yang ke-5 ni, dia asyik mimpi ada orang nak ambik anak dia. Arwah baby dinamakan Saiful Nur Syaban, anak buah aku yang ke-41. Jah Mon pesan kat SIL aku, sabar banyak-banyak fikir positif at least dah ada bekalan kat sana untuk kemudian hari.

So basically, ada cerita gembira dan sedih dalam family aku untuk tahun ini. Ada lagi berita gembira bakal menyusul, tapi yang tu nanti-nantilah aku cerita.


P/S: Hehehehehe

6 comments:

Joy said...

tahniah!! ramainye anak buah...kalu berkumpul mesti meriah ni..

reena said...

Beb, honestly masa tgk pic Sufii *ehem* yg 1st tu, i takut. Sebab tgk dia fragile sgt. Syukur skrg dh bulat. Yg penting, dia sihat walafiat :)

Yantie said...

Ramainya anak sedara ko kan..aku tengah menunggu anak sedara aku yang ke-7 dischaged dari hospital hari ni..

Liyana said...

My baby pun preemie born @33 weeks. Mmg diorang suka bulatkan badan kot sbb kalau ikutkan still dlm perut lagi, so selalu in fetal position. Baju newborn semua besar2,mmg getah seluar sampai ke ketiak. Seluar pendek jadi seluar pjg :)
Masa mula2 mmg takut nak pegang, rasa fragile sgt.

MamaLeeya said...

berita gumbira tu...kena tunggu raya ek?? :p

cc said...

joy,
meriah dan tentunya rumah bersepah :p


reena,
*ehem* balik :P
Alhamdulillah he's a fighter! tp si sufii ni kuat nangis! T__T


yantie,
baru 7? aku punya anak buah 7 kali ganda lebih dari ko yan :P


liyana,
ha'ah, kakak sy pun cakap benda yang sama :D
akak dah boleh direct BF amirul?


mamaleeya,
no komen. jawapan bajet retis haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...