8 Aug 2011

Aktiviti di bulan puasa

Aktiviti aku:
  1. Kerja macam biasa, cuma yang lainnya aku dengar ceramah agama sambil-sambil buat kerja. DENGAR ya bukan TENGOK. Sambil menaip, sambil layan Ustaz Kazim bin Elias berceloteh. Seronok dengar ceramah dia, tak sedar masa berlalu. Alih-alih tengok jam dah nak balik. Daripada dengar benda tak berfaedah, apa salahnya sekali-sekali bagi santapan rohani untuk hati, ye tak? :)

  2. Balik dari kantor, masak apa yang patut untuk juadah berbuka. Fakta tak penting: Dah seminggu puasa, aku belum jejak PARAM lagi :D. Malam, start buat order biskut raya. 1 malam aku buat 1 adunan, itu je yang termampu kaedahnya. Nak tunggu weekend, mau tak tidur aku nak menyiapkan semua. Syukur Alhamdulillah, murah rejeki tahun ni sebab order biskut boleh tahan banyak (untuk aku yang buat sendiri takda assistant, kira banyaklah tu he he).

Apa aktiviti korang?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...