26 Aug 2011

Balik, balik ke Jalan TAR

Sejak minggu lepas, entah berapa kali aku ke Jalan TAR. Mengulang ke sana beli tudunglah, itulah inilah macam tak cukup-cukup. Kalau nak rasa meriahnya raya, pergilah sana ke Jalan TAR. Manusia berpusu-pusu cari barang untuk persiapan raya. Siang, malam sama je. Toksah la kata "Eh nak g Jalan TAR malamlah, mesti tak jem." -- takda makna okeh. Malam pun jem jugak. Dorang ni tak reti tidur agaknya -__-"

Jumaat minggu lepas ke Jalan TAR beli tudung. Hari Ahad malam, ke Sogo temankan si YB shopping. Selasa pergi lagi . Semalam (Khamis) pun pergi lagi. Sorang-sorang okeh! Nampak tidak aku gigih :p. Lepas mengulang beberapa kali, aku rasa puas hati sebab semua barang yang aku cari, aku dapat beli. Ngeh3.

Aik? Kata konsep sederhana tahun ni?

Kah kah kah.

Ala, aku berulang-alik ke Jalan TAR tu bukannya beli benda mahal pon. Nampak je macam banyak kali, tapi ada masa pergi tak beli apa-apa pun. Survey dulu, lepas dibuat timbang-tara barulah beli.

Semalam shopping kat Sogo, aku mintak sampul duit raya kat customer service counter. Dah habis okeh! Aku kekurangan sampul duit raya ni. Dapat sebungkus je dari Jakel hari tu. Kirim kat abang aku tu, belum tentu dapat cukup sebab kena bahagi-bahagi dengan adik-beradik aku yang lain. Semua pakat kirim tukar duit kat dia.



Karang balik, kena buat 2 pitstops; Ayer Keroh - pass sekut raya kat MJ and Tangkak - ambik baju kat rumah kakak aku. Bulan lepas aku boleh terlajak tak amik exit Tangkak tu. Menonong je aku speeding dah kesedapan kat lane kanan :p

Ok, sekian entry orang excited nak balik kampung. Semoga perjalanan aku dan korang (yang akan balik kampung jugak) dipermudahkan hingga sampai ke destinasinya. Amin.


P/S: Aku tertinggal pastry cheesetart mold. Dem

(image googled)

1 comment:

علي زان said...

hahahaa....jumpa kat kampung kang.....

kg awk kat mana eh.....heheheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...