9 Aug 2011

Beginikah rupa sepucuk surat rasmi?

Buat tajuk macam ni, kang adalah budak nak UPSR sesat ke mari :P

(Nama yang berkenaan)

No. 88, Jalan Zamrud 8/88, Seksyen 7, Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Kepada,

Pengarah,

Jabatan ...................................

Wilayah Persekutuan,

Komplek ............................, Jalan ....................

Kuala Lumpur.

u:p : ...................................... (ada tarikh kat hujung kanan)

Tuan,

MEMOHON JAWATAN PEGAWAI TADBIR

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan jawatan sebagai Pegawai Tadbir di organisasi tuan.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya adalah pemegang Ijazah dalam bidang ................. daripada Kolej Universiti ...........................

Saya berharap permohonan saya akan akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.



Sekian, terima kasih.

Yang benar.

.................................

(Nama yang berkenaan)


Surat ni menarik perhatian aku. Kenapa? Dah baca 1 per 1 ayat budak ni? Aku panggil budak la sebab dia lagi muda dari aku. Umur 23 tahun (tengok CV dia). Serius, gini ke gaya surat nak minta kerja? Kalau aku HR officer, aku tolak tepi terus surat rupa ini.

Aku bab surat formal ni memang particular kalau korang nak tau. Aku tak sign kalau surat tu ada salah ejaan, waima satu typo tanda ',' yang sepatutnya tanda '.' pun aku tak kan sign. Aku suruh orang yang buat surat tu betulkan baru aku sign. Apatah lagi kalau ejaan nama aku tak betul. Sign? Kirim salammm. Aku draf surat pun kadang-kadang 2-3 kali betulkan, baru boss sign. Ayat kena ubah-ubah bagi sedap dan kedengaran halus dalam nak menyampaikan maksud.

Umur 23 bukan 13 dik oii. Kat sekolah rendah lagi cikgu dah ajar mengarang surat formal. Tak kan la basic format pun tak tau? Inikan pulak surat yang dihantar kat organisasi yang kau nak mintak kerja. Isi surat ni kira first impression menggantikan tuan punya badan kan? Kalau dah tulis surat ayatnya asal boleh, kira 'cincai' ... agak-agak apa first impression orang yang baca surat ni?

Kalau korang terer, cuba cari berapa kesalahan ada dalam surat tu. Kesalahan yang jelas kelihatan la, bukan dari segi susunan ayat. Kalau ikut ayat dia, semua tak sedap dipembacaan aku :P. Ada ke patut "....dengan sukacitanya ingin mengemukakan jawatan...". Apakah maksud ayat kau ni budak? Mengemukakan jawatan? -__-"

Fresh grad sekarang tahap macam ini ke? Aku dulu (macamlah dah lama sangat kah kah!) umur 23, tidok lerr mengarang surat ghope ini. Bukan nak eksen tapi kenyataan :P

7 comments:

CikW4nKemb4ng said...

aku rasa ni format zaman aku darjah 6 kot. apa yang aku nampak

1. tarikh perlu ada paling atas
2. address patutnya satu jer (penerima)
3. Memohon --> Permohonan
4. ini default gila la - mulakan ayat dengan "Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk"

haha, kalu aku pon reject

Puan Saira Azura said...

cam pesara jer yg tulis..pesara tulis pon sedap ayat2 dia..

reena said...

#FAIL!

azrinna said...

Em... adakah dia menulis surat guna 'alat' alihbahasa? sbb tu nahu tungang langgang.

DeLancrettLurpak said...

budak ni kena belajar tulis cover letter resume,haish!

cc said...

cikkembang,
budak ni lupa format kot...hahahaha!


saira,
weh pesara lg byk pengalaman tau


reena,
memang!


DeLancrettLurpak,
teruk sgt gaya tulisnya kan? tsskk tsskk

cc said...

azrinna,
i assumed ayat cincai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...